Hanya Yang Terbaik Untuk Keluarga Anda
Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan khusus termasuk Aktiviti Harian (ADL), penjagaan kejururawatan dan terapi, di rumah anda sendiri.
Peranan sebagai penjaga utama adalah tanggungjawab yang besar
Sebagai penjaga utama dalam sebuah keluarga, barangkali anda perlu memainkan pelbagai peranan setiap hari. Anda mungkin sering mementingkan keperluan dan kesihatan orang-orang dikeliling anda dan mengabaikan kesihatan diri sendiri. Dalam jangka masa yang panjang, ini boleh menyebabkan tekanan fizikal dan mental.
Di samping itu, anda mungkin tidak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada yang tersayang. Lama kelamaan, keletihan fizikal, emosi, dan mental boleh menyebabkan lesu upaya (burnout). Gejala lesu upaya atau burnout bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan anda, malah juga mempengaruhi kualiti penjagaan yang diterima oleh orang yang tersayang.
Walaupun tanggungjawab sebagai penjaga utama amat mencabar, anda tidak bersendirian. Malah, terdapat pelbagai jenis bantuan yang disediakan di Malaysia dan anda hanya perlu mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan pertolongan yang sesuai.
Bagaimana Homage Dapat Membantu
Penjagaan Peribadi
Bantuan untuk Aktiviti Harian (ADL) seperti – kebersihan diri, mandi, memasak, pemberian ubatan dan sebagainya
Waktu Rehat untuk Penjaga Utama
Dapatkan rehat yang mencukupi dan amanahkan tugas penjagaan kepada Care Pro kami.
Peneman Peribadi
Memudahkan perjalanan ke janji temu, imbasan, dan lawatan rawatan ke hospital.

Lawatan Sekala
Dapatkan laporan kemas kini mengenai orang tersayang semasa anda berjauhan.
Penjagaan Waktu Malam
Penjagaan sepanjang malam boleh dijadualkan untuk membantu individu untuk keperluan tandas atau mengurangkan risiko jatuh.
Selepas Pembedahan
Tumpukan perhatian pada pemulihan dan amanahkan tugas penjagaan kepada Care Pro kami yang berpengalaman.
Dapatkan penjagaan yang berkualiti dan kurangkan lesu upaya bagi penjaga utama dengan perkhidmatan penjagaan kami
Perkhidmatan penjagaan di rumah adalah pilihan yang terbaik agar orang yang anda tersayang dapat menerima rawatan yang selesa dan selamat di kediaman anda sendiri.
Sekiranya anda atau pembantu rumah berjauhan dengan orang yang tersayang, Care Pro kami sedia untuk membantu. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut: peringatan pengambilan ubat-ubatan, pertolongan untuk mandi, penyediaan makanan dan sebagai peneman untuk memastikan orang yang tersayang selesa dan dijaga dengan rapi.
Dengan penjagaan di rumah, orang yang tersayang boleh mendapat perhatian yang tidak berbelah bagi. Care Pro kami juga dapat menilai bahaya (hazard) dalam rumah anda dan mengesyorkan pengubahsuaian mudah seperti pemasangan rel pemegang untuk sentiasa menjaga keselamatan mereka.
Care Pro kami juga dapat membantu dengan perkhidmatan ‘peneman’ untuk membawa yang tersayang ke hospital, mengurus keperluan sepanjang perjalanan dan juga menyampaikan nasihat doktor kepada anda dan penerimaan ubat-ubatan di hospital.
Kos Penjagaan di Malaysia
Dapatkan PenjagaanBantuan Aktiviti Harian
Perkhidmatan Jururawat
Terapi Di Rumah
Soalan Lazim tentang Homage
Siapa yang memerlukan penjagaan di rumah?
Penjagaan di rumah dapat membantu warga emas berasa lebih selamat dan selasa. Golongan mereka yang memerlukan bantuan khas juga boleh mendapatkan penjagaan di rumah untuk pertolongan dengan aktiviti harian. Individu yang menghidapi penyakit akut, kronik atau terminal juga boleh mendapatkan penjagaan di rumah untuk kembali pulih di kediaman sendiri.
Adakah penjagaan di rumah dan jagaan hospis berbeza?
Jagaan hospis memberi tumpuan kepada peningkatan kualiti hidup dan memberi keselesaan kepada mereka yang menghidap penyakit terminal, dan bukannya memberi perhatian kepada pemulihan.
Penjagaan di rumah atau ‘home care’ adalah istilah yang lebih luas yang merangkumi jagaan hospis dan sebagainya. Ianya merangkumi bantuan dengan aktiviti kehidupan harian seperti mandi, sokongan mobiliti, peneman harian dan senaman ringan untuk memastikan yang tersayang kekal sihat dan selamat di rumah.
Apakah tempoh masa yang paling pendek untuk lawatan dan penjagaan di rumah?
Tempoh lawatan ke rumah dengan Homage bermula dari hanya satu jam dan bergantung kepada pilihan keluarga dan keperluan orang yang tersayang.
Adakah Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan 24 jam?
Ya, kami dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan 24 jam. Dua orang Care Pro akan dijadualkan untuk penjagaan berikut dan tempohnya akan dibahagikan kepada 12 jam.
Apakah pelan penjagaan Homage?
Homage menyediakan pelan penjagaan jangka masa panjang untuk memastikan anda dan orang yang tersayang dapat menerima pakej penjagaan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pakej penjagaan dengan jangka masa panjang juga dapat memberikan penjimatan!
Berapa cepat saya dapat menerima penjagaan di rumah?
Selepas anda mengesahkan bahawa anda ingin menggunakan perkhidmatan penjagaan di rumah dengan Homage, kami boleh menyediakan Care Pro untuk anda atau yang tersayang dalam 5 hari.
Siapakah Care Pro Homage?
Care Pro Homage adalah warganegara Malaysia (dan penduduk tetap) yang berdedikasi untuk memberikan penjagaan yang berkualiti kepada anda dan juga yang tersayang. Kesemua Care Pro kami adalah 100% warga tempatan yang berpengalaman.
Bolehkah 1 Care Pro menjaga dua orang pada masa yang sama?
Untuk memastikan anda atau orang yang anda sayangi mendapat perhatian yang tidak berbelah bagi, setiap orang akan dipadankan dengan Care Pro yang berdedikasi untuk memastikan semua keperluan dipenuhi. Sekiranya terdapat 2 individu di rumah yang sama yang memerlukan penjagaan, seorang Care Pro akan hadir untuk menjaga setiap individu.