9 Kelebihan Penjagaan Kesihatan Dari Rumah

Penjagaan kesihatan dari rumah mungkin sesuatu yang baharu untuk anda. Ketahui 9 kelebihan memberikan warga emas anda keselesaan berada di rumah sendiri.

by Etiqa Malaysia

oleh Etiqa Malaysia

Bagi warga emas yang menghidap penyakit sama ada ringan atau kronik, atau yang mengalami kecederaan, pastinya mereka lebih selesa untuk dirawat di rumah berbanding hospital. Ada pelbagai kelebihannya, termasuklah:

  • Kebebasan Untuk Berdikari

Ibu bapa anda, atau orang yang sudah berusia akan jarang mengaku mereka sedang sakit kerana risau rutin harian mereka akan terganggu.

Salah satu kelebihan utama penjagaan di rumah adalah mereka dapat meneruskan aktiviti-aktiviti biasa seperti berjalan, mandi, menyarung pakaian dan menyediakan juadah sendiri. Cara ini membolehkan merasa lebih berdikari dalam menjalani proses pemulihan.

  • Keselamatan, Keselesaan dan Kemudahan

Bantuan penjagaan kesihatan di rumah dapat memantau pengambilan ubat-ubatan dan mengelakkan kesilapan dos atau kekeliruan, lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah berumur.

Keadaan rumah juga dapat dijaga untuk mengurangkan risiko seperti jatuh. Mereka juga pasti lebih selesa untuk bergerak kerana ‘sudah biasa’ dengan persekitaran rumah sendiri.

  • Kelegaan Buat Penjaga & Ahli Keluarga

Pastinya ahli keluarga terdekat adalah yang paling terkesan sekiranya orang yang tersayang memerlukan perhatian penuh dan penjagaan yang rapi. Penjagaan kesihatan di rumah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh penjaga dan ahli keluarga dengan bantuan seperti memandikan, menukar pakaian dan pelbagai rutin lain. Penjaga juga boleh mempelajari cara penjagaan yang betul oleh pakar. Sokongan seperti ini bukan sahaja melegakan, malah mengelakkan penjaga dan ahli keluarga daripada kepenatan yang melampau.

  • Tak Payah Ke Hospital Jika Tak Perlu

Terdapat pelbagai jenis peralatan yang membolehkan anda memantau sendiri keadaan kesihatan di rumah. Cara ini dapat mengelakkan warga emas daripada kepenatan berulang alik ke hospital sekiranya tanpa sebab kecemasan. Penjagaan di rumah menyediakan pemantauan dan memberikan tunjuk ajar secara kerap – pesakit mempunyai akses pakar 24 jam sehari yang boleh dihubungi sekiranya mengalami simptom atau memerlukan nasihat segera.

  • Lebih Berkualiti

Pentingnya penjagaan di rumah adalah disebabkan kualiti perkhidmatan tersebut. Ia adalah berdasarkan amalan dan standard penjagaan yang diiktiraf, memastikan pesakit menerima bantuan yang diperlukan tepat pada masanya dalam keadaan yang selesa di rumah. Baca pengalaman rakyat Malaysia tentang kualiti perkhidmatan Homage yang telah mereka rasai sendiri.

  • Penjagaan Yang Lebih Khusus

Pesakit dapat diberikan perhatian penuh dan pelan penjagaan yang direka khas untuk menepati keperluan mereka. Ini menjadikan rawatan yang diterima lebih efektif dan mengukuhkan lagi kepercayaan sesama pesakit, penjaga dan pasukan yang memberikan penjagaan di rumah.

  • Pasukan Yang Profesional

Pasukan penjagaan kesihatan ini terdiri daripada jururawat, pakar terapi fizikal, pakar terapi percakapan, pekerja-pekerja sosial dan pemberi bantuan terlatih – menjadikan mereka pasukan yang lengkap dengan pemantauan oleh pakar perubatan. Pesakit boleh berjumpa dengan pakar-pakar ini tanpa perlu pergi ke pejabat doktor, pusat rawatan atau hospital.

  • Kepelbagaian Perkhidmatan

Rawatan klinikal komprehensif adalah sebahagian daripada perkhidmatan yang ditawarkan di bawah program penjagaan kesihatan di rumah. Bermula dari penjagaan oleh jururawat terlatih dan terapi, sehinggalah ke rawatan luka dan pengurusan ubat-ubatan, pesakit boleh menerima pelbagai jenis rawatan, semuanya di rumah.

  • Peneman Warga Emas

Pesakit bukan sahaja akan dikunjungi pasukan penjagaan kesihatan, malah rakan-rakan dan saudara-mara juga lebih mudah untuk melawati mereka di rumah berbanding di hospital yang pastinya memiliki SOP yang jauh lebih ketat. Tanpa halangan waktu melawat yang terhad, pesakit dapat bersosial dan berbual secara selamat dengan orang yang mereka kenali. Ini dapat mengelakkan kesunyian, seterusnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Ketahui lebih tentang kelebihan penjagaan kesihatan di rumah. Hubungi Homage hari ini.






  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.


Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Etiqa Malaysia.

About the Writer
Etiqa Malaysia
Etiqa is the leading insurance and takaful provider in Malaysia under Maybank Group. Etiqa is committed in educating Malaysians on all things insurance, finances and health.
Make Home Care Personal To Your Loved One
curve

Make Home Care Personal To Your Loved One

Get started with a free consultation today, and learn why thousands of Malaysians trust Homage to deliver the best care in their homes.

Get a Free Care Consult