Hari Merdeka: Keluarga Malaysia, Teguh Bersama Care Pro Homage

Sempena Hari Kebangsaan ke-65, Homage menemubual 3 ahli Care Pro kami mengenai tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu, Keluarga Malaysia, Teguh Bersama. Teruskan membaca artikel ini untuk perkongsian mereka.

by Homage team

Hari Kemerdekaan Ke-65

Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita tidak asing lagi dengan kemeriahan dan sambutan Hari Kebangsaan yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Tahun ini, tema Hari Kemerdekaan Malaysia adalah Keluarga Malaysia, Teguh Bersama. Selepas mengharungi pandemik di barisan hadapan dan meniti norma baru kehidupan, kami berbual dengan Care Pro-Care Pro kami mengenai Keluarga Malaysia dan aspirasi mereka untuk negara ini. Ini jawapan mereka..

CP Malathy

Malathy Subramaniam, Care Pro Homage sejak Oktober 2021

Tema Bulan Kebangsaan tahun ini adalah “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”, apakah makna keluarga bagi anda?

Malathy Subraniam: Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, agama dan bangsa. Tema Keluarga Malaysia amat bermakna dan mengingatkan kita untuk bersatu teguh dan saling membantu antara satu sama lain. Saya percaya konsep kekeluargaan ini mampu membantu negara kita terus maju ke hadapan.

Sebagai seorang caregiver atau penjaga, bagaimanakah musim pandemik telah memumpukan semangat kerjasama dan nilai kekeluargaan dalam kalangan pekerja baris hadapan?

Malathy Subraniam: Semasa musim pandemik, anggota barisan hadapan memainkan peranan yang sangat penting dan tekanan juga amat tinggi pada masa itu. Kagum rasanya apabila setiap ahli saling membantu tidak kira masa dan tenaga. Kami saling berkerjasama menangani situasi walau dimana kami berada seperti sebuah keluarga yang harmoni.

CP Afifah Zainurin

Afifah Zainurin, Care Pro Homage sejak Februari 2020

Apakah aspirasi anda sendiri untuk membentuk keluarga yang lebih baik dan harmoni?

Afifah Zainurin: Sejak kecil lagi, ibu adalah sumber inspirasi saya kerana dia sentiasa berada disisi kami sekeluarga dan sentiasa memberi semangat. Saya beraspirasi untuk membina keluarga seperti mana Ibu telah membesarkan saya.

Apakah memori yang meningkatkan semangat kekeluargaan yang paling  diingati semasa anda bekerja sebagai jururawat?

Afifah Zainurin: Suka duka semasa bertugas adalah memori yang akan dikenang oleh semua jururawat, terutama sekali bagi mereka yang menghadapi musim pandemik bersama. 

Segala penat lelah yang dilalui berbaloi apabila pesakit mengucapkan ‘terima kasih’ dan memberi penghargaan kepada kami. Itulah salah satu faktor utama yang memberi semangat dan meningkatkan sifat kerjasama kami.

CP Angelina

Angelina Francis, Care Pro Homage sejak Disember 2021

Sebagai seorang jururawat, bagaimanakah musim pandemik telah mengubah kaedah pendekatan anda dalam proses penjagaan pesakit?

Angelina Francis: Saya mula menjaga pesakit saya seperti mana saya menjaga keluarga saya sendiri. Selalunya, mereka tidak mempunyai orang lain yang dapat membantu mereka pada masa itu.

Sebagai seorang jururawat, anda akan lebih bersemangat untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada mereka. Walaupun saya kurang masa bersama keluarga sendiri, saya tahu pengorbanan itu berbaloi kerana dapat mengembalikan semangat pesakit.

Boleh kongsikan ucapan Hari Merdeka untuk rakyat Malaysia di luar sana?

Afifah Zainurin: Saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tahun in lebih baik dari sebelumnya! Bersatu teguh, bercerai roboh!

Mathaly Subramaniam: SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-65, MALAYSIA! Semoga kita kekal teguh bersama!

Angelina Francis: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 65. #KeluargaMalaysia Teguh Bersama.

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

Homage ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota barisan hadapan yang bekhidmat untuk negara dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga negara kita kekal aman sentiasa dan terus mencapai kejayaan di masa hadapan!

About the Writer
Homage team
Make Home Care Personal To Your Loved One
curve

Join us as a Homage Care Pro today!

Deliver dedicated home care, nursing care and therapy to more in the community.

Become a Care Pro