Jawatan Kosong Freelance yang Membayar Lebih RM20 Sejam | Homage

Jawatan Kosong Freelance yang Membayar Lebih RM20 Sejam

Pekerjaan freelance kini menawarkan bukan sahaja fleksibiliti masa dan lokasi, tetapi juga gaji yang menarik. Ketahui jawatan kosong freelance di sini.

by Ain Nadzirah

Gaji di Malaysia

Ekonomi pasca pandemik telah memberi impak yang besar kepada gaji para pekerja tempatan, walaupun dengan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (2022) pada tahun lepas untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500. 

Kebanyakan pekerja terpaksa menjalani dua kehidupan iaitu berkerja tetap pada waktu siang dan mencari pendapatan sampingan pada waktu malam. Manakala sesetengah kumpulan individu lain telah beralih arah kepada kerja freelance sepenuhnya. 

Kenapa ramai orang memilih untuk bekerja freelance daripada bekerja 9-5PM?

Setakat 2020, kajian menunjukkan hampir 4 ribu tenaga buruh di Malaysia bekerja dalam ekonomi gig, juga dikenali sebagai freelance. Ketahui sebab-sebab mereka memilih laluan kerjaya baru ini.

Fleksibiliti dari segi masa dan jadual kerja

Budaya kerja tradisional 9-5 petang memerlukan kita untuk berada dalam pejabat selama tujuh jam (tidak termasuk satu jam rehat) secara berterusan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah walaupun selepas tugasan telah disempurnakan. Cara bekerja seperti ini dianggap agak membazirkan masa.

Apabila anda bekerja secara bebas, anda tidak perlu mengejar sistem ‘punch card’ dan boleh bekerja mengikut kesesuaian kehidupan anda (work-life balance) tanpa sebarang penolakan gaji. Sebagai contoh, bagi sesetengah individu yang harus menguruskan anak-anak di pagi hari, mempunyai pilihan untuk memulakan tugasan kerja pada pukul 10 pagi atau pada waktu petang. Manakala jenis individu yang lebih produktif bekerja pada waktu malam juga boleh menggunakan waktu siang mereka untuk melakukan aktivit harian lain.

Ini adalah kerana keutamaan kerja freelance adalah untuk melengkapkan tugasan pada tempoh yang ditetapkan dan tidak mengambil kira masa bekerja tertentu ataupun kehadiran penuh di pejabat.   

Menjimatkan tenaga, masa, dan perbelanjaan pengangkutan

Mengikut Statistik Pengangkutan Malaysia 2021, seramai lebih kurang 70 juta bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan rel termasuk LRT, Monorail, dan MRT pada tahun tersebut. Setiap pagi dan petang semasa peak hours, kebanyakan pekerja 9-5PM perlu sentiasa mengejar masa demi merebut untuk naik pengangkutan awam agar dapat tiba di pejabat tepat pada masanya. 

Kadangkala, perkhidmatan pengangkutan rel boleh mengalami masalah teknikal yang melambatkan lagi ketibaan ke tempat kerja. Sama juga seperti mereka yang sering tersangkut dalam trafik, masa para individu ini terbuang di atas jalan dan landasan. Perbelanjaan minyak kenderaan dan pas pengangkutan awam yang berganda setiap hari turut menjadi bebanan. Lama-kelamaan, faktor-faktor ini boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan fizikal seseorang. 

Stres ulang-alik ke tempat kerja dapat dielakkan jika anda bekerja secara bebas. Hal ini kerana freelancers memiliki lebih kebebasan dalam melakukan tugasan dari mana-mana lokasi, bahkan dari keselesaan rumah mereka sendiri.  

Kuasa untuk memilih (autonomi)

Jika anda bekerja 9-5PM, anda semestinya terikat dengan struktur organisasi yang meletakkan anda sebagai orang bawahan. Kuasa anda untuk memilih tugasan dan rakan sekerja berkumpulan yang sangat terhad akan mengurangkan lagi produktiviti disebabkan oleh ketidakserasian idea atau etika bekerja. 

Sebagai freelancers, anda mempunyai lebih kebebasan untuk memilih projek atau gig yang anda minat dan klien-klien yang anda selesa untuk bekerja bersama. Dengan cara ini, politik pejabat dapat dihindari kerana anda secara langsung menjadi majikan kepada diri anda sendiri yang berhak untuk berunding kadar bayaran servis anda dan memutuskan berapa banyak projek anda boleh ambil. 

Peluang untuk mengembangkan kemahiran

Salah satu faedah utama kerja freelance adalah kepelbagaian dari segi jenis projek dan gig. Hal ini kerana servis yang anda tawarkan bergantung sepenuhnya kepada kebolehan (skills set) anda sendiri. 

Sebagai contoh, jika anda berkemahiran dalam penulisan, anda boleh memanfaatkan skil tersebut untuk menjadi copywriter, content writer, blogger, ataupun editor. Bukan sahaja itu, bidang industri klien anda juga mungkin berbeza antara satu sama lain. Kelebihan ini memberikan ruang untuk freelancer memperbaiki diri serta meningkatkan kemahiran secara konsisten. 

Berbeza dengan kerja di pejabat, tugasan dan jawatan yang tetap menyebabkan kehidupan bekerja anda kurang kemajuan. Begitu juga dengan matlamat kerja yang lebih kurang sama pada setiap bulan. 

5 Kerja freelance yang bergaji tinggi di Malaysia

Jika anda sedang mencari jawatan kosong untuk bekerja secara freelance, berikut adalah antara pilihan yang boleh anda ketahui terlebih dahulu. 

E-hailing

pemandu-e-hailing-jawatan-freelance

Pada tahun 2022, terdapat lebih 130,000 individu telah memiliki lesen vokasional untuk berdaftar sebagai pemandu e-hailing. Syarikat perkhidmatan e-hailing seperti GrabCar, airasiaRide, dan Maxim kini menjadi sumber pendapatan sampingan yang popular dalam kalangan warga Malaysia disebabkan oleh permintaan tinggi terutamanya di kawasan bandar besar seperti di Lembah Klang.    

Anggaran pendapatan sebagai pemandu Grabcar dikatakan dalam lingkungan RM30 per jam. Jika anda bekerja sebagai pemandu freelance Grabcar selama lapan jam setiap hari dalam masa sebulan (30 hari), anda berupaya untuk mendapat gaji kasar antara RM6,000 hingga RM7,000.

Syarikat Grab juga menawarkan insentif tambahan kepada pemandu Grabcar semasa peak hours iaitu dari 7 hingga 8 pagi dan dari 5 petang hingga 8 malam. Semakin status atau ratings anda meningkat (Silver, Gold, Platinum), semakin tinggi ganjaran yang anda akan terima.

Untuk berdaftar sebagai pemandu Grabcar, ketahui kriteria dan faedah yang diberikan di sini.

Affiliate marketing

affiliate-marketing

Generasi kini yang membesar dengan media sosial telah berjaya mewujudkan satu bentuk pekerjaan serba baru yang semakin mendapat sambutan, iaitu sebagai affiliate marketer.

Anda sebagai affiliate berperanan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pemilik jenama. Bagi setiap pembelian, anda akan menerima pendapatan dalam bentuk komisyen. Strategi pemasaran akan banyak bergantung pada media sosial anda termasuk brand awareness, bilangan followers dan bilangan shares. Oleh sebab itu, ramai affiliate marketer terdiri daripada content creator, youtuber, atau influencer

Antara platform e-dagang popular di Malaysia yang menawarkan program affiliate marketing adalah Shopee, Lazada, Zalora, Sephora, dan Watsons. Anggaran pendapatan seseorang affiliate marketer hanya boleh dikira berdasarkan kadar komisyen yang ditetapkan oleh pemilik jenama. Dikatakan affiliate marketer yang sudah mahir boleh menjana sehingga hampir RM8,000 sebulan.

Shopee Affiliate Program : Sehingga 9.1%
Lazada Affiliate Program : Sehingga 13% dan juga sehingga 30% komisyen bonus untuk jenama tertentu
Zalora Affiliate Program : 6%
Sephora Affiliate Program : Sehingga 5.6%
Watsons Affiliate Program : Sehingga 2.1%

Anda boleh berdaftar untuk program affiliate marketing di sini.

Jurugambar/Juruvideo majlis perkahwinan

jurugambar-jawatan-freelance

Semakin ramai anak-anak muda mula menceburi industri fotografi dan videografi untuk majlis pertunangan serta perkahwinan di Malaysia atas permintaan yang tinggi. Bukan itu sahaja, video kelas tutorial penyuntingan yang mudah dipelajari sendiri daripada internet turut menjadi penggalak utama bagi mereka. 

Dalam pasaran industri ini, anggaran pendapatan yang anda dapat jana adalah serendah RM200 sehingga boleh mencecah RM3,000 atau RM4,000 (jika termasuk sesi videografi tahap professional) untuk satu majlis. Oleh sebab itu, adalah perkara normal bagi seseorang jurugambar untuk mengambil lebih dari satu gig dalam tempoh sebulan. 

Penulis

Jika anda berkemahiran dalam penulisan, terdapat pelbagai jenis kerja penulisan yang anda boleh cuba contohnya:

  • ghostwriter
  • content writer
  • copywriter
  • penulis untuk artikel majalah
  • penulis teknikal
  • penulis blog
  • penulis untuk email marketing
  • penulis skrip 

Mengikut maklum balas dari laman Malaysian Writers Society Facebook, anggaran pendapatan mereka berbeza mengikut jenis penulisan yang dilakukan. Ada antara mereka yang berjaya mendapat antara RM250 sehingga RM1,000 untuk satu artikel.

Sebenarnya, anda sebagai penulis mempunyai kelebihan tambahan iaitu gig anda tidak terhad kepada klien dalam Malaysia sahaja. Platform global seperti Upwork dan Fiver banyak menerbitkan senarai gig penulisan bagi pihak majikan dari Amerika Syarikat yang menawarkan kadar bayaran dalam mata wang USD untuk pekerja freelance di seluruh dunia. 

Penjagaan orang tua dari rumah

penjaga-jawatan-freelance | Homage

Jika laluan kerjaya anda ke arah bidang kesihatan tetapi anda masih ingin kebebasan bekerja mengikut masa yang fleksibel, anda boleh mempertimbangkan penjagaan pesakit atau golongan warga emas dari rumah. 

Contohnya di Homage, anda boleh sertai komuniti pakar kesihatan Homage Care Pro dan mempunyai pilihan untuk berkhidmat sebagai penjaga, jururawat, atau ahli terapi freelance berdasarkan kelayakan anda. 

Jenis Homage Care Pro Penjaga freelance Jururawat freelance Ahli terapi freelance
Tugas Mengendalikan warga emas yang memerlukan bantuan dalam melakukan aktiviti kehidupan seharian termasuk mandian, menggunakan tandas, mengiring ke pemeriksaan kesihatan etc.  Menguruskan penjagaan kejururawatan bagi pesakit warga emas seperti menukar balutan luka, memeriksa paras gula darah, dan pertukaran beg stoma untuk membuang najis. Membantu dalam pemulihan fisioterapi, terapi carakerja, dan terapi pertuturan bagi warga emas. 
Kadar Bayaran
  • RM15 sehingga RM20 setiap jam.
  • RM2 tambahan untuk shif malam.
  • RM5 tambahan pada hari cuti umum.
  • RM20 sehingga RM25 setiap jam, atau lebih jika melibatkan prosedur kompleks.
  • RM2 tambahan untuk shif malam.
  • RM5 tambahan pada hari cuti umum.
  • RM100 setiap ses
  • RM2 tambahan untuk shif malam.
  • RM5 tambahan pada hari cuti umum.
Syarat memohon
  • Berminat dalam penjagaan orang tua
  • Warganegara dan Permanent Resident (PR) Malaysia yang berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Kelayakan minimum PMR atau SPM. 
Boleh dibaca lebih lanjut di sini. Boleh dibaca lebih lanjut di sini.

Faedah-faedah lain bagi Homage Care Pro boleh dibaca di sini.

Menjadi penjaga atau jururawat bebas bersama Homage

Homage caregiver

Di Homage, kami menawarkan peluang bekerja secara bebas (freelance) bagi anda yang berminat dengan perkhidmatan penjagaan fleksibel dan kerjaya yang penuh bermakna. Latihan dan sumber pendidikan akan disediakan melalui Homage Academy untuk membantu memulakan kerjaya anda bersama kami. 

Dengan kemahiran-kemahiran ini, anda berpeluang untuk memperoleh sebanyak RM2,000 hingga RM2,000 dalam masa dua minggu sahaja. Anda juga boleh menjana pendapatan lebih dengan cara mengambil tugas penjagaan pada cuti umum (tambahan RM5 setiap jam) atau sewaktu shif malam (tambahan RM2 setiap jam). 

Bukan sahaja itu, kami akan pastikan anda turut dilindungi oleh insurans bila-bila masa anda perlu menjalankan tugasan penjagaan di luar pejabat, jadi perlindungan anda secara automatik bermula sebaik sahaja anda pergi melawat. 

Daftar sekarang sebagai Homage Care Pro!

References

About the Writer
Ain Nadzirah
Ain is just another small-town film buff who treats her car rides as a stage to belt out show tunes and musicals. It is not a strange sight to spot her talking to her 14 cats at home, or arguing with her grandma over having too many (and counting) potted flowers.
Make Home Care Personal To Your Loved One
curve

Make Home Care Personal To Your Loved One

Get started with a free consultation today, and learn why thousands of Malaysians trust Homage to deliver the best care in their homes.

Get Care Now