Senarai Bantuan Kewangan untuk Rakyat Malaysia 2023

Senarai Bantuan Kewangan untuk Rakyat Malaysia 2023

Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan bagi yang memerlukan terutamanya bagi golongan B40, OKU, warga emas dan juga pesakit kronik. Ketahui senarai bantuan yang disediakan di dalam artikel ini.

oleh Fathima Az-Zahra

Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 kepada golongan yang berkelayakan. Bantuan kewangan ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan disamping membantu kelangsungan hidup mereka menjelang tahun baharu. Di samping STR 2023, terdapat pelbagai lagi bantuan kewangan yang boleh dimohon dan dituntut oleh golongan yang memerlukan.

Ketahui dengan lebih lanjut jenis-jenis bantuan yang dapat dituntut oleh golongan yang memerlukan di dalam artikel ini.

Bantuan Warga Emas (BWE) 

Bantuan warga emas (BWE) -Homage

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan. Permohonan bantuan boleh dibuat oleh mereka yang berkelayakan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bantuan ini, boleh dapatkan informasi lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Ingin mengetahui bantuan lain yang boleh dituntut oleh warga emas? Artikel ini membincangkan bantuan kewangan, perubatan dan kesihatan bagi warga tua.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)- Homage

Elaun ini diberikan bertujuan untuk menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM450/sebulan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bantuan ini, boleh dapatkan informasi lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)- Homage

Bantuan ini diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang tidak mempunyai keupayaan untuk bekerja dengan membantu kelangsungan hidup mereka disamping untuk mengalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM300/sebulan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bantuan ini, boleh dapatkan informasi lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) -Homage

Bantuan ini diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik yang sedang terlantar bagi meringankan beban keluarga atau penjaga mereka disamping mengalakkan keluarga atau penjaga menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar, sakit terlantar atau sakit kronik. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan. Permohonan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan dan Bahagian di seluruh negara. Maklumat lebih lanjut boleh lihat di sini.

Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)

Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) - Homage

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40). Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). 

Antara manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:

  • Saringan kesihatan di klinik kerajaan atau swasta
  • Bantuan alat perubatan bernilai sehinga RM20,000
  • Insentif melengkapkan rawatan kanser bernilai RM1000
  • Insentif tambang pengangkutan sehingga RM1000

Untuk maklumat lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan juga cara permohonan bantuan, sila kunjungi laman web rasmi PeKa B40 di sini.

 mySalam

mySalam - Penghormatan

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Skim ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan miskin yang didiagnosis menghidap 45 penyakit kritikal yang tersenarai dengan menawarkan pembayaran tunai. Bagi golongan yang telah didiagnos menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal, pembayaran tunai RM8,000 akan dibayar secara one-off, manakala pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti juga akan 

Antara syarat-syarat pemohon bagi mySalam adalah: 

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai mySalam dan juga senarai 45 penyakit kritikal yang layak memohon, sila layari laman web rasmi mySalam di sini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023- Homage

Bantuan Tunai B40 dijenamakan semula kepada nama baharu iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam mengharungi cabaran kos sara hidup. Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan bahawa Fasa 1 STR untuk golongan B40 yang akan diaghikan pada Mac 2023, dipercepatkan pada 17 Januari 2023 bertujuan untuk meringankan beban sara hidup rakyat.

Sebanyak 8.7 juta penerima bantuan tunai yang empat juta isi rumah menerima RM300 dan 1.2 juta warga emas tiada pasangan menerima RM100 dan 3.5 juta rakyat yang bujang pula menerima RM100.

Pembayaran Fasa 2 STR juga boleh mula disemak dan diagihkan bermula pada 5 April 2023 secara berperingkat. Penerima bayaran Fasa 2 STR merujuk kepada penerima Fasa 1 STR yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023. Anda boleh melakukan semakan lanjut status bayaran Fasa 2 STR di laman web MySTR disini.

Untuk maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2023 dan juga berkaitan agihan pembayaran, sila rujuk portal rasmi STR 2023 di sini.

Mengenai Penulis
Fathima Az-Zahra
Fathima adalah lulusan linguistik Inggeris yang mendapati panggilannya dalam bidang pemasaran. Pada masa lapangnya, Fathima menikmati kafe melompat, melakukan seni dan kraf, dan membakar. Fathima juga merupakan ibu kucing kepada empat orang anak dan sukakan segala-galanya estetik kawaii!
Jadikan Penjagaan Rumah Peribadi Kepada Orang Yang Anda Sayangi
Curve

Jadikan Penjagaan Rumah Peribadi Kepada Orang Yang Anda Sayangi

Mulakan dengan perundingan percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.

Berhati-hati Sekarang