Dapatkan Penjaga Tempatan di Malaysia

Biarkan penjaga terlatih Homage dapat menyokong anda dengan Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) seperti mandi, penyediaan makanan, pengiring perubatan dan peringatan ubat-ubatan.

Dapatkan Penjagaan Sekarang

Penjaga profesional dapat meningkatkan kesejahteraan diri dan membantu dengan pemulihan holistik

Di Malaysia, ahli keluarga sering mengambil peranan sebagai penjaga utama apabila orang yang tersayang menghadapi masalah kesihatan. Walaupun pada mulanya kita berupaya untuk mengurus mereka berseorangan, kekurangan kemahiran penjagaan, pengetahuan dan bantuan yang betul boleh menjejaskan kualiti penjagaan dan menyebabkan stres dan keletihan berpanjangan.

Sama ada anda memerlukan penjagaan jangka panjang untuk menguruskan keadaan kronik atau hanya memerlukan bantuan penjagaan sementara, khidmat penjagaan profesional amat bermanfaat untuk anda.

Penjaga profesional juga boleh membantu dengan penjagaan selepas pembedahan. Mereka yang tinggal bersendirian atau tidak mengetahui teknik penjagaan yang betul selalunya akan kembali ke hospital semula selepas didiscaj. Penjaga profesional dapat membantu dengan aktiviti kehidupan harian dan memastikan penjagaan yang menjangkau penjagaan akut dan memastikan pemulihan penuh dan mengurangkan risiko kemasukan semula ke hospital.

Bagaimana penjaga profesional boleh membantu?

Penjagaan Peribadi

Membantu dengan aktiviti kehidupan harian (ADL) - makan, mandi, memakai pakaian, menggunakan tandas, pemindahan, dan inkotinen urin atau fekal.

Menemani warga emas

Berbual dengan individu tersebut, menjalankan aktiviti interaktif dan membuat lawatan luar bersama mereka.

Penjagaan Waktu Malam

Menjaga individu pada waktu malam sekiranya mereka hendak ke tandas atau dari segi penjagaan kejururawatan dan mengurangkan risiko merayau dan jatuh.

Pengiring Perubatan

Mengiringi warga emas dan menguruskan perjalanan dan pengangkutan ke janji temu doktor di hospital atau klinik.

Pemantauan Tanda Vital

Care Pro kami akan mebantu memantau tanda-tanda vital orang tersayang dengan mencatatkan suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah mereka.

Lawatan Daftar Masuk

Dapatkan kemaskini langsung tentang kesihatan orang tersayang apabila anda berjauhan.

Meningkatkan kualiti hidup dengan penjaga profesional

Bantuan tambah boleh mengurangkan tekanan kepada penjaga utama samada untuk jangka masa pendek atau panjang.

Dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan, penjaga profesional dapat membimbing anda dan memastikan orang yang tersayang menerima penjagaan yang diperlukan. Ia juga amat bermanfaat untuk penjaga-penjaga yang baru.

Selain itu, ia juga amat penting untuk memastikan penjaga tersebut boleh berbahas atau bercakap dalam bahasa yang sama dengan orang tersayang. Ini mempermudahkan percakapan mereka dan memupuk kesejahteraan mental secara menyeluruh.

Selain menguruskan dan menjaga orang yang tersayang, peranan sekunder penjaga profesional adalah untuk memberikan sokongan emosi dan 'meminjamkan telinga' kepada keluarga. Penjaga keluarga, terutama penjaga yang keseorangan, lebih selesa dan lega apabila ada yang memahami perjuangan mereka.

Kos penjagaan profesional di Malaysia

Kebiasaanya, pengambilan penjaga berharga kira-kira RM30-RM50 sejam di Malaysia tetapi pakej penjagaan yang kami sediakan dapat mengurangkan kos tersebut.

Dapatkan Penjagaan Sekarang
Mencari pakej penjagaan berjam-jam untuk orang yang anda sayangi? Jimat lebih banyak dengan pakej penjagaan kami untuk pelbagai sesi! Bercakap dengan Penasihat Penjagaan kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Penjagaan Kehidupan Harian

serendah
RM 30 /jam*
Oleh penjaga tempatan bertauliah
Mencari pakej penjagaan berjam-jam untuk orang yang anda sayangi? Jimat lebih banyak dengan pakej penjagaan kami untuk pelbagai sesi! Bercakap dengan Penasihat Penjagaan kami untuk mengetahui lebih lanjut.

Cara Homage Berfungsi

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 1

Muat Turun Aplikasi Homage

Homage Apple Appstore Homage Google Playstore
Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 1

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 2

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 3

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Sebut harga perkhidmatan
100%
Disaring
4.8
penarafan
Rangkaian jururawat, penjaga dan ahli terapi terbesar di Malaysia

Soalan popular mengenai Penjaga

Soalan Lazim Perkhidmatan

Adakah Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan tetap?

Kami kini menyediakan perkhidmatan penjagaan 24 jam tetapi tidak menyediakan penjaga tetap.

Untuk perkhidmatan penjagaan 24 jam, lawatan anda akan dibahagikan kepada 2 sesi dan kami akan menyediakan dua (2) Care Pro untuk setiap sesi.

Apakah tempoh paling singkat untuk setiap lawatan penjagaan?

Tempoh lawatan penjagaan Homage bermula dari hanya satu jam, bergantung pada keperluan keluarga dan warga emas tersebut.

Siapakah Care Pro Homage?

Care Pro Homage adalah penduduk tempatan dari semua lapisan masyarakat, yang bersemangat dan berdedikasi untuk memastikan kesejahteraan setiap individu di bawah jagaan mereka.

Semua penjaga kami mempunyai pensijilan CPR yang sah dan telah menjalani latihan penjagaan. Mereka juga dikehendaki menjalani pemeriksaan tuberkulosis mandatori untuk mengesahkan status kesihatan mereka.

Sebelum menyertai kami sebagai Care Pro, Homage menjalankan wawancara tatap muka untuk menyaring keperibadian, kecekapan dan tingkah laku berasaskan senario dan juga pemeriksaan rujukan yang komprehensif melalui pemeriksaan rujukan dari Polis Diraja Malaysia dan majikan lama.

Berapa cepatkah saya akan menerima penjaga?

Sebaik sahaja anda telah mengesahkan bahawa anda ingin melibatkan penjaga Homage, kami boleh memadankan anda atau orang yang anda sayangi dengan Profesional Penjagaan yang sesuai secepat dalam masa 5 hari bekerja.

Berapakah kos untuk mendapatkan penjagaan dari Homage?

Kami mempunyai pakej penjagaan sementara hingga jangka panjang dengan tempoh penjagaan yang berbeza-beza supaya anda dan orang yang anda sayangi dapat mencari pakej penjagaan yang paling sesuai dengan keperluan dan pilihan anda. Pakej penjagaan juga boleh membantu menjimatkan lebih banyak untuk pelbagai sesi penjagaan.

Bolehkah seorang (1) penjaga menngurus 2 orang pada masa yang sama?

Untuk memastikan anda atau orang yang anda sayangi mendapat perhatian dan penjagaan yang tidak berbelah bahagi, setiap penerima penjagaan akan dipadankan dengan penjaga yang berdedikasi yang sesuai dengan keperluan dan pilihan mereka. Sekiranya terdapat 2 orang di rumah yang sama yang memerlukan penjagaan, penjaga akan hadir untuk menjaga setiap penerima masing-masing.

Testimoni Pelanggan Kami

Bantuan semasa wabak COVID-19

Walapun saya terpaksa menangguh perkhidmatan dengan mereka buat sementara waktu kerana keadaan pandemik, pihak Homage sangat bagus dengan cara mereka mengendalikan segala isu dan pertanyaan yang saya ada. Sekalung penghargaan untuk Shirley dari Homage yang bertindak balas dengan pantas untuk kesemua pertanyaan dan permintaan saya (dan memberikan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan saya).

Wong Voon Bing
Sangat disyorkan kalau duduk jauh dengan mak & ayah

Ayah saya jatuh baru-baru ini dan tulang pinggulnya patah. Saya pula tinggal di luar negara dan tak dapat pulang ke rumah pada masa tu. Kawan saya mengesyorkan khidmat penjagaan kejururawatan dengan Homage. Mereka sangat pantas dengan menjawab segala pertanyaan saya dan servis mereka juga profesional dan berkualiti. Kami sekeluarga sangat menghargai perkhidmatan yang disediakan. Ada juga masa yang saya perlu tukar masa lawatan dan mereka bertindak dengan pantas untuk membantu saya dan keluarga saya.

Anisa Aisha
Pengalaman positif

Pengalaman kami sangat positif. Setakat ini, kami telah menggunakan Care Pro lebih kurang 10 kali (untuk tengokkan ibu) dan mereka sangat bagus dan banyak menolong Koordinator Homage, Bel juga sangat membantu sejak hari pertama lagi. Harga juga munasabah dan saya suka laporan yang disediakan dalam aplikasi mereka. Semua maklumat tentang lawatan mereka dapat disemak dengan mudah. Berbaloi untuk cuba!

Adelaine Yeo
Terima kasih 

Ibu saya yang berusia 85 tahun yang baru saja menjalani pembedahan hernia pada Januari 2019 dijaga oleh beberapa Care Pro Homage. Semuanya dilatih secara profesional di hospital terkemuka di Malaysia. Kesemua Care Pro ibu juga merawatnya dengan penuh tekun dan belas kasihan. Mereka juga memberi petua yang tidak ternilai tentang cara penjagaan warga emas kepada ahli keluarga kami. Terima kasih sangat-sangat dan setinggi penghargaan kepada Homage.

Azwan Shahuddin
Pasti salah satu yang terbaik!

Aku punya pengalaman positif dengan Homage sejauh ini. Mereka fleksibel, berpatutan, dan profesional. Koordinator dari Homage telah sangat membantu dan menampung permintaan saya sejak hari pertama. Pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga nenek saya adalah tepat pada masanya, terlatih profesional dan penuh perhatian. Semoga mereka akan terus melayani dengan baik.

Kamilah Barvin
Program fisioterapi yang komprehensif

Homage telah banyak membantu kami dengan pemulihan ayah kami. Mereka memberi kami penjelasan yang komprehensif mengenai program fisioterapi. Ahli terapi yang mereka hantar sangat berkelayakan, sopan, bersemangat, dan memberikan perkhidmatan yang luar biasa. Harga juga berpatutan.

Farizal Anam
Bimbingan untuk pembantu rumah saya

Terima kasih Homage atas bantuan anda selepas ibu saya dibenarkan keluar dari hospital kerana demam denggi. Ibu mendapat semula keyakinannya untuk mandi pertamanya selepas keluar dengan bantuan pengasuh Homage, sesuatu yang pembantu rumah saya tidak akan dapat lakukan. Juga untuk membimbing pembantu rumah tangga saya untuk menanganinya dengan cara yang lebih bersih. Pembantu rumah saya belajar kaedah yang betul dan dapat memberi penjagaan yang lebih baik kepada ibu sekarang. Sangat mengesyorkannya kepada orang yang mencari perkhidmatan penjagaan profesional untuk menguruskan ahli keluarga yang memerlukan bantuan.

Jenny Lim
Ujian swab tanpa kerumitan

Ia benar-benar mudah apabila anda boleh menjalani ujian swab COVID-19 tanpa meninggalkan rumah anda. Sambutannya sangat cepat, aplikasinya cekap. Terima kasih atas perkhidmatan anda.

Sofia Mustaffa
Keseluruhan kerja berpasukan yang baik

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Homage atas perkhidmatan cemerlang mereka terutamanya Cik Ginger kerana komunikasi dan perkhidmatan pelanggannya yang cemerlang dan untuk membuat pengaturan yang diperlukan. Dia melakukan susulan yang baik sebelum dan selepas fisio, juga tepat suapan kembali. Kami menghargai Cik Shu untuk perkhidmatan fisio yang sangat baik yang membuat ibu saya mendapat keyakinan bahawa dia boleh berjalan lagi. Cik Shu sangat sabar, bekerja keras, dan komited untuk melihat ibu saya akan dipulihkan dan sembuh sepenuhnya. Terima kasih.

Paul Mahendran
Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Curve

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang

Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.

Dapatkan Penjagaan Sekarang