Tempah Sesi Terapi Pertuturan di Malaysia
Need help with speech disorders or swallowing difficulties? Homage’s certified speech therapists can help individuals from all walks of life.
Dapatkan Penjagaan Sekarang
Memahami keperluan terapi pertuturan
Ramai di antara kita beranggapan yang terapi pertuturan hanya merangkumi rawatan untuk gangguan pertuturan seperti gagap. Walau bagaimanapun, ahli terapi pertuturan sebenarnya boleh membantu kita dengan lebih daripada itu. Selain gangguan pertuturan, ahli terapi pertuturan juga merawat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami masalah komunikasi, kesukaran menelan dan pemahaman bahasa yang mungkin terjadi semasa zaman kanak-kanak atau berikutan penyakit seperti Parkinson, strok atau kecederaan otak.
Melalui diagnosis yang tepat dan menetapkan rawatan atau latihan yang sesuai, terapi pertuturan membantu kita berkomunikasi dengan lancar dan meneruskan aktiviti kehidupan seharian kita.
Seperti jenis terapi dan pemulihan yang lain di luar sana, terapi pertuturan memerlukan masa. Kebiasaanya, anda perlu melalui jumlah sesi yang banyak selama beberapa bulan sebelum sebarang peningkatan ketara dapat dilihat. Setiap individu mencapai matlamat mereka pada waktu yang berbeza dan perkara yang paling penting adalah untuk sentiasa terus mencuba dan tidak berputus asa.
Terapi pertuturan boleh bertambah baik
- Kesukaran menelan
- Kemerosotan pertuturan
- Masalah vokalisasi
- Gangguan bahasa
- Komunikasi yang berkesan
- Kemahiran sosial
Terapi pertuturan biasa digunakan untuk
Autisme
Terapi pertuturan boleh membantu individu autisme dengan kemahiran komunikasi lisan, 'nonverbal', dan sosial mereka.

Kanser
Rawatan untuk kanser kepala dan leher boleh menjejaskan percakapan seseorang individu dan kebolehan mereka untuk menelan. Ahli terapi pertuturan boleh membantu untuk memperbaiki masalah tersebut.

Palsi Serebrum
Terapi pertuturan boleh membantu kanak-kanak dan orang dewasa dengan palsi serebrum yang menghadapi kesukaran percakapan, mengunyah dan menelan dengan meningkatkan kemahiran motor lisan mereka.

Demensia
Bergantung kepada bahagian otak, demensia boleh menjejaskan percakapan seseorang dan keupayaan mereka untuk menelan. Walau bagaimanapun, terapi pertuturan dapat membantu melambatkan kemerosotan fungsi-fungsi berikut.

Parkinson's
Parkinson boleh menjejaskan saraf dan otot yang mengawal kualiti suara dan kefasihan kita bercakap. Ahli terapi pertuturan boleh mengesyorkan latihan untuk meningkatkan kekuatan otot dan alat bantuan percakapan yang sesuai.

Strok
Individu yang menghadapi strok sering mengalami kesukaran dalam percakapan dan menelan (dysphagia). Terapi pertuturan boleh membantu meningkatkan kebolehan bercakap dan mencegah masalah tercekik.

Terapi pertuturan di rumah yang menggunakan teknologi terkini
Terapi pertuturan biasanya dijalankan di klinik atau hospital, dalam kumpulan atau satu sama satu. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang tersedia sekarang, terapi pertuturan kini lebih mudah diakses di Malaysia.
Terima panduan dan bantuan dari ahli terapi pertuturan di kediaman anda sendirii. Hanya tempah janji temu dalam talian atau melalui panggilan dan ahli terapi bertauliah kami akan berhubung dengan anda melalui panggilan video.
Tingkatkan kebolehan diri dan kualiti hidup dengan terapi pertuturan yang profesional.
Apa yang ahli terapi pertuturan lakukan?
Menilai
Ahli terapi pertuturan kami akan menilai keadaan individu tersebut dari segi kesukaran menelan, perbahasan, pertuturan atau kesukaran bersuara untuk menentukan bantuan yang diperlukan.
Menetapkan rawatan
Selepas proses penilaian, ahli terapi pertuturan akan mereka pelan penjagaan terapi yang khusus dan sesuai untuk anda.
Merawat
Ahli terapi pertuturan kami akan membimbing anda melalui latihan yang disyorkan semasa sesi terapi pertuturan tersebut.
Kos Terapi Pertuturan di Malaysia
Secara purata, terapi pertuturan berharga kira-kira RM200 - RM350 sejam di Malaysia tetapi pakej penjagaan tersedia untuk mengimbangi sebahagian daripada kos.
Dapatkan Penjagaan SekarangTerapi Pertuturan
Terapi Pertuturan
Cara Homage Berfungsi

Muat Turun Aplikasi Homage

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Dalam perkongsian dengan
Soalan popular mengenai Terapi Pertuturan

Siapa ahli terapi pertuturan Homage?
Ahli terapi pertuturan Homage adalah individu yang bersemangat dan berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan terapi pertuturan untuk seisi keluarga. Mereka adalah pemegang ijazah sarjana muda yang telah melengkapkan praktikal yang ditetapkan oleh Persatuan Pertuturan-Bahasa & Pendengaran Malaysia (MASH))
Ahli terapi pertuturan kami menyokong keluarga dan individu (kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas) dalam pengurusan dan rawatan pelbagai keadaan yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk bercakap, berkomunikasi, makan dan minum.
Apakah yang perlu saya jangkakan semasa sesi terapi pertuturan pertama saya?
Semasa sesi terapi pertuturan pertama anda, ahli terapi kami akan terlebih dahulu menilai dan memahami sejarah perubatan anda, menilai keadaan anda sekarang dan membangunkan pelan rawatan peribadi untuk memenuhi keperluan anda.
Bolehkah saya menjadualkan sesi terapi pertuturan pada hujung minggu?
Pada masa ini, sesi terapi pertuturan hanya tersedia dari hari Isnin hingga Jumaat.
Apakah tempoh sesi terapi pertuturan?
Tempoh lawatan terapi pertuturan di rumah adalah 50 minit:
- 45 minit terapi + sesi maklum balas 5 minit
Berapa banyak sesi terapi pertuturan yang saya perlukan?
Pemulihan setiap individu adalah berbeza. Ahli terapi pertuturan akan mengesyorkan pelan rawatan dan kekerapan yang sesuai selepas penilaian awal anda.
Sekiranya saya menyediakan apa-apa untuk sesi terapi pertuturan saya?
Tiada persiapan yang diperlukan.
Jika anda mempunyai sebarang surat rujukan doktor, fisioterapi/ laporan perubatan atau penyiasatan terdahulu (X-ray atau MRI), sila kongsikan maklumat tersebut dengan ahli terapi pertuturan anda untuk pemahaman yang lebih teliti tentang keadaan anda.
Lebih banyak perkhidmatan seperti Terapi Pertuturan
Testimoni Pelanggan Kami

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.
Dapatkan Penjagaan Sekarang