Tempah Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas di Malaysia, Tersedia 24/7
Care Pro kami bersedia untuk menjaga warga emas tersayang anda di kediaman anda sendiri. Tempah perkhidmatan penjagaan warga emas dari sesingkat 1 jam.
Dapatkan Penjagaan Sekarang
Mengapa kita memerlukan perkhidmatan penjagaan warga emas
Insomnia dan masalah sukar tidur malam adalah perkara biasa di kalangan warga emas di Malaysia. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti gangguan irama jantung, gangguan tidur 'apnea' atau kemurungan. Oleh kerana itu, ramai warga emas sering bangun sepanjang malam dan menyebabkan penjaga utama mereka berjaga 24/7 untuk memastikan warga emas tersebut selamat dan mendapat perhatian yang diperlukan.
Warga emas juga sering kali menghadapi pelbagai penyakit kronik dan penjaga utama mereka mungkin tidak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan penjagaan terbaik. Ini mungkin menambahkan tekanan kepada penjaga dan juga warga emas tersebut.
Oleh itu, ini menjejaskan kualiti penjagaan yang diterima oleh warga emas tersebut dan amat memenatkan penjaga utama mereka. Ini juga kerana, mereka sering memikul pelbagai peranan seperti pengasuh, jururawat, tukang urut dan lain-lain.
Apakah penjagaan warga emas?
Penjagaan Peribadi
Membantu dengan aktiviti kehidupan harian (ADL) - makan, mandi, memakai pakaian, menggunakan tandas, pemindahan, dan inkotinen urin atau fekal.

Penjagaan Kejururawatan
Memantau dan menjalankan prosedur kejururawatan seperti sedutan, suntikan dan juga penjagaan luka.
Terapi di Rumah
Mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi badan melalui pelan rawatan yang telah ditetapkan.
Pengiring Perubatan
Mengiringi warga emas dan menguruskan perjalanan dan pengangkutan ke janji temu doktor di hospital atau klinik.
Penjagaan Respit atau Sementara
Memberi peluang untuk penjaga utama berehat sementara Care Pro kami menjalankan tugas penjagaan.
Bagaimana kita dapat menjaga orang yang tersayang dengan lebih rapi?
Penjagaan warga emas bukan sahaja merangkumi aspek fizikal dan praktikal. Ia juga amat penting untuk mengutamakan kesejahteraan mental dan kognitif mereka dan mengurangkan risiko demensia. Walaupun ini mungkin dianggapkan sebagai bebanan bagi seorang penjaga, ia dapat membantu anda untuk membina perhubungan yang lebih erat dengan orang yang tersayang dan menguatkan semangat anda.
Walau bagaimanapun, peranan anda sebagai penjaga utama keluarga adalah amat mencabar dari segi fizikal dan mental. Menjaga keluarga anda setiap hari adalah tugas yang mencabar tetapi anda tidak bersendirian. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang dapat membantu anda dan keluar anda. Hubungi kami hari ini dan ketahui lebih lanjut.
Dengan menyertai kumpulan sokongan penjaga-penjaga di luar sana, ia menghubungkan anda dengan orang lain yang boleh berkongsi petua praktikal untuk menjaga orang yang tersayang. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan dari seorang profesional untuk memastikan bahawa orang tersayang mendapat penjagaan yang diperlukan dan mengajar anda untuk memberikan
Kos Penjagaan Warga Emas di Malaysia
Kos penjagaan warga emas berbeza-beza bergantung kepada jenis penjagaan yang diperlukan. Kebanyakan penjagaan peribadi dan penjagaan kejururawatan di rumah berharga kira-kira RM20 hingga RM50 sejam di Malaysia tetapi pakej penjagaan yang kami sediakan dapat mengurangkan kos tersebut.
Dapatkan Penjagaan SekarangPenjagaan Kehidupan Harian
Penjagaan Kejururawatan
Terapi di Rumah
Cara Homage Berfungsi

Muat Turun Aplikasi Homage

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Dalam perkongsian dengan
Soalan utama mengenai Penjagaan Warga Emas

Mengapakah penting bagi warga emas untuk menerima penjagaan khusus?
Semakin kita meningkat usia, semakin sukar untuk kita membuat tugas harian. Kebanyakan warga emas lebih suka untuk berehat di kediaman mereka sendiri kerana ianya lebih selesa dan memberi ruang untuk mereka berdikari.
Penjagaan warga emas di rumah boleh membantu meningkatkan keyakinan diri, menggalakkan warga emas untuk kekal aktif dan berinteraksi lebih banyak. Penjagaan rumah juga memberi peluang kepada warga emas untuk melakukan tugas harian sendiri, dengan bantuan jika diperlukan. Secara keseluruhannya, ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kesihatan dan kesejahteraan warga emas.
Apakah tempoh paling singkat untuk lawatan penjagaan warga emas?
Tempoh lawatan penjagaan warga emas Homage bermula dari hanya satu jam, bergantung pada keperluan keluarga dan warga emas tersebut.
Berapa cepatkah saya akan menerima perkhidmatan penjagaan warga emas?
Once you have confirmed you will like to proceed with engaging Homage’s elderly care service, we can match you or your loved one with a suitable Care Professional as fast as within 5 working days.
Siapakah Care Pro Homage?
Care Pro Homage adalah rakyat Malaysia atau Penduduk Tetap yang berdedikasi untuk memberikan penjagaan warga emas yang berkualiti. Care Pro kami adalah penjaga terlatih dan jururawat berlesen dari semua lapisan masyarakat.
Adakah Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan tetap?
Kami kini menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas 24 jam tetapi tidak menyediakan penjaga tetap.
Untuk perkhidmatan penjagaan warga emas 24 jam, lawatan anda akan dibahagikan kepada 2 sesi dan kami akan menyediakan dua (2) Care Pro untuk setiap sesi.
Apakah pakej penjagaan warga emas Homage?
We have interim to longer-term elderly care packages with varying care durations so that you and your loved one can find a care package that best fits your needs and preferences. Elderly care packages can also help save more for multiple care sessions.
Saya menjaga 2 warga emas di rumah. Bolehkah seorang Care Pro menjaga kedua-duanya sekali?
Untuk memastikan anda atau orang tersayang menerima penjagaan yang tidak berbelah bahagi, kami menasihati anda untuk mendapatkan penjagaan dari satu (1) Care Pro untuk setiap orang yang memerlukan bantuan. Sekiranya terdapat 2 individu yang memerlukan khidmat penjagaan, dua (2) Care Pro akan hadir untuk berhidmat di rumah yang sama.
Perkhidmata selain Penjagaan Warga Emas
Testimoni Pelanggan Kami

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.
Dapatkan Penjagaan Sekarang