Sokongan penjagaan diabetes, di mana sahaja anda berada
Ketahui semua tentang penjagaan dan pengurusan diabetes. Homage Care Pro boleh membantu orang tersayang dengan peringatan ubat, pemantauan tanda vital dan penjagaan luka di rumah.
Dapatkan Penjagaan Sekarang
Pengenalan kepada Diabetes
Diabetes berlaku apabila badan kita tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau apabila tubuh badan tidak menggunakan insulin dengan betul. Ini menghasilkan tahap glukosa yang tinggi kerana insulin adalah hormon yang membantu mengubah glukosa darah menjadi tenaga. Walaupun diabetes tidak mengancam nyawa, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan jika tidak diuruskan dengan betul.
Secara umumnya, tahap glukosa darah kita jatuh di antara julat 4 mmol / l hingga 7.8 mmol / l. Tahap glukosa darah yang lebih tinggi daripada 11mmol / l menunjukkan anda mungkin menghidapi diabetes.
Pengurusan Diabetes
Prevalen diabetes di Malaysia adalah salah satu kadar tertinggi di Asia dan dunia dan kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes. Kami menyediakan penjagaan diabetes di rumah yang di mana orang tersayang akan dijaga dengan rapi.

Membantu anda di sepanjang perjalanan
Kami telah membantu banyak keluarga dan individu yang menghidapi diabetes.. Care Pro bertauliah kami juga telah menjalani latihan penjagaan diabetes untuk memastikan penjagaan yang terbaik untuk orang tersayang.
Setiap individu adalah berbeza dan kami ingin memastikan jenis penjagaan yang disediakan adalah khusus untuk mereka.
Memastikan Mereka Kekal Aktif
Memastikan minda dan tubuh badan kekal akitf dengan senama dan aktiviti merangsangkan otak.

Penjagaan Kejururawatan
Memantau dan menjalankan prosedur kejururawatan seperti sedutan, suntikan dan juga penjagaan luka.
Pemantauan Tanda Vital
Care Pro kami akan mebantu memantau tanda-tanda vital orang tersayang dengan mencatatkan suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah mereka.
Rawatan Perubatan di Rumah
Dapatkan nasihat perubatan, saringan kesihatan dan prosedur perubatan yang mudah di kediaman anda sendiri.

Pemberian Ubat-Ubatan
Jangan risau terlepas dos. Jururawat kami boleh membantu dengan pemberian ubat-ubatan dengan dos yang betul dan pada masa yang tepat.
Selepas Pembedahan
Care Pro kami akan membantu anda dengan prosedur kejururawatan yang kompleks supaya anda boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemulihan anda sendiri.
Kos Penjagaan Diabetes Malaysia
Dipilih khas untuk orang yang menghidap diabetes.
Dapatkan Penjagaan SekarangPenjagaan Kehidupan Harian
Penjagaan Kejururawatan
Terapi di Rumah
Cara Homage Berfungsi

Muat Turun Aplikasi Homage

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Dalam perkongsian dengan
Soalan popular mengenai Diabetes Care

Apakah rawatan terbaik untuk diabetes?
Ianya bergantung pada profil kesihatan setiap individu tetapi doktor anda mungkin mengesyorkan pelan rawatan diabetes yang khusus. Pelan rawatan ini mungkin termasuk gabungan ubat-ubatan yang unik, pengurusan berat badan dan perubahan gaya hidup.
Bagaimanakah anda mengawal diabetes?
Jika anda menghidap diabetes atau pra-diabetes, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesihatan anda dan kurangkan risiko komplikasi:
- Jangan merokok
- Kurangkan tekanan dan fokus kepada kesejahteraan mental anda
- Amalkan diet yang sihat yang rendah lemak
- Bersenam dengan kerap
- Pergi ke pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan mata tahunan
- Jaga kesihatan gigi dan gusi anda
- Amalkan penjagaan dan kebersihan kaki yang betul
- Ikuti maklumat terkini tentang vaksinasi anda
- Minum alkohol dengan sederhana
Bagaimana Homage boleh membantu dengan penjagaan diabetes?
Sokongan penjagaan diabetes di rumah membolehkan individu yang menghidap diabetes menerima rawatan holistik dalam keselesaan rumah.
Care Pro bertauliah kami boleh membantu dengan aktiviti berikut:
- Kebersihan diri, termasuk mandi, tandas, menukar lampin dan berpakaian
- Bantuan mobiliti, termasuk pemindahan manual atau bantuan untuk pergerakan di sekitar rumah dan mengurangkan risiko jatuh
- Menemani pesakit dan meningkatkan komunikasi melalui aktiviti dan perbualan untuk mengurangkan kesunyian
- Memastikan individu kekal aktif dengan senaman di dalam dan luar rumah
- Peringatan pengambilan ubat-ubatan
- Pentadbiran ubat-ubatan, seperti suntikan insulin
- Penyediaan makanan, pembelian makanan atau bantuan memasak yang sesuai dengan diet
- Pengiring perubatan untuk janji temu doktor dan pengambilan ubat-ubatan
- Penjagaan kejururawatan yang mudah, termasuk penggunaan tiub makan dan sedutan
- Penjagaan kejururawatan yang mudah, termasuk penggunaan tiub makan dan sedutan
- Prosedur kejururawatan yang kompleks, termasuk penjagaan luka dan beg stoma
- Fisioterapi, terapi carakerja dan terapi pertuturan di rumah
- Perundingan doktor dalam talian melalui panggilan video atau secara peribadi di depan pintu anda
Apakah pakej penjagaan diabetes yang anda tawarkan?
Kami menyediakan pakej penjagaan di rumah untuk jangka masa pendek dan panjang yang bergantung kepada keperluan anda dan orang yang tersayang. Pakej penjagaan di rumah kami juga memberi menjimatkan sehingga 20%.
Berapa cepatkah saya boleh menerima bantuan penjagaan untuk diabetes?
Sebaik sahaja anda telah mengesahkan bahawa anda ingin melibatkan Homage Care Professional untuk sokongan penjagaan diabetes, kami boleh memadankan anda atau orang yang anda sayangi dengan Profesional Penjagaan yang sesuai secepat dalam masa 5 hari bekerja.
Siapakah Care Pro Homage?
Semua Care Pro kami adalah rakyat Malaysia (dan penduduk tetap) yang berdedikasi untuk memberikan penjagaan warga tua yang berkualiti kepada anda dan keluarga anda. Mereka adalah 100% penjaga tempatan dan terlatih dari semua lapisan masyarakat.
Apakah tempoh terpendek untuk lawatan penjagaan di rumah?
Kami menyediakan khidmat penjagaan di rumah sesingkat satu (1) jam dan ini juga bergantung kepada keperluan anda dan orang yang tersayang.
Adakah Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan rumah secara langsung atau 24 jam?
Ya, kami menyediakan khidmat penjagaan 24 jam tapi tidak menyediakan penjaga tetap.
Lawatan anda akan dibahagikan kepada 2 sesi dan kami akan menyediakan dua (2) Care Pro untuk setiap sesi.
Lebih banyak perkhidmatan seperti Diabetes Care
Lokasi Kami
Testimoni Pelanggan Kami

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.
Dapatkan Penjagaan Sekarang