Perkhidmatan Penjagaan di Rumah, Tersedia 24/7
Care Pro Homage bersedia membantu anda dengan prosedur kejururawatan dan aktiviti kehidupan harian (ADLs) seperti mandi dan memberikan ubat-ubatan untuk memastikan anda dan orang yang tersayang selesa dan selamat.
Dapatkan Penjagaan Sekarang

Apakah khidmat penjagaan di rumah?
Khidmat penjagaan di rumah adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh penjaga profesional kepada warga emas atau individu yang memerlukan bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Ini termasuk bantuan dengan aktiviti kehidupan harian (ADL) termasuk makan, menggunakan tandas, mandi, dan menemani warga emas atau penjagaan kejururawatan di rumah.

Tanggungjawab sebagai penjaga atau pengasuh keluarga amat mencabar
Penjaga atau pengasuh keluarga sering memegang pelbagai peranan di rumah. Samada ianya sebagai pembantu ahli keluarga lain, jururawat, tukang urut, bendahari atau lain-lain lagi. Dalam jangka masa panjang, ini amat memenatkan untuk mereka. Terutama sekali apabila penjaga sering meletakkan keperluan dan kepentingan orang yang tersayang sebagai keutamaan dan mengabaikan penjagaan diri sendiri.
Di samping itu, penjaga keluarga bukanlah profesional terlatih dan mungkin tidak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan penjagaan terbaik kepada keluarga mereka. Ini boleh menambahkan lagi tekanan kepada individu tersebut dan orang yang tersayang. Lambat laun, keletihan fizikal, emosi dan mental boleh menyebabkan keletihan berpanjangan atau 'burnout.'
Selain menjejaskan kesihatan kita, 'burnout' juga mempengaruhi kualiti penjagaan yang diberikan kepada orang yang tersayang.
Menjaga keluarga anda setiap hari adalah tugas yang mencabar tetapi anda tidak bersendirian. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang dapat membantu anda dan keluar anda. Hubungi kami hari ini dan ketahui lebih lanjut.
Bagaimanakah penjagaan di rumah boleh membantu saya?
Penjagaan Peribadi
Membantu dengan aktiviti kehidupan harian (ADL) - makan, mandi, memakai pakaian, menggunakan tandas, pemindahan, dan inkotinen urin atau fekal.
Penjagaan Respit atau Sementara
Memberi peluang untuk penjaga utama berehat sementara Care Pro kami menjalankan tugas penjagaan.
Pengiring Perubatan
Mengiringi individu dan menguruskan perjalanan ke temujanji tersebut termasuk pengangkutan pergi dan balik.

Lawatan Sekali-Sekala
Dapatkan kemaskini langsung tentang kesihatan orang tersayang apabila anda berjauhan.
Penjagaan Waktu Malam
Menjaga individu pada waktu malam sekiranya mereka hendak ke tandas atau dari segi penjagaan kejururawatan dan mengurangkan risiko merayau dan jatuh.
Selepas Pembedahan
Fokus pada pemulihan dan mengamanahkan penjagaan kejururawatan kompleks kepada Care Pro kami yang berlesen dan berpengalaman.

Dapatkan khidmat penjagaan yang berkualiti dan kurangkan stres anda dengan perkhidmatan penjagaan di rumah
Khidmat penjagaan di rumah adalah pilihan yang selamat dan mudah dan membolehkan orang yang tersayang anda untuk mendapatkan penjagaan di kediaman anda sendiri.
Sekiranya anda atau pembantu anda tiada di rumah, penjaga bertauliah kami dapat membantu untuk menjaga orang yang tersayang. Care Pro kami dapat membantu untuk menemani orang yang tersayang, menyediakan makanan, memandikan mereka dan memastikan mereka sihat dan selamat di rumah.
Dengan penjagaan di rumah, orang yang tersayang mendapat perhatian yang tidak berbelah bahagi dan juga penjagaan yang diperlukan. Selain itu, Care Pro kami juga boleh mengesyorkan pengubahsuaian rumah yang mudah seperti pemasangan bar untuk memastikan orang yang tersayang kekal selamt di kediaman anda.
Sekiranya mereka perlu menghadiri janji temu dengan doktor, penjaga kami juga boleh menemani mereka dan menguruskan perjalanan dan pengangkutan ke hospital atau klinik. Care Pro kami akan menemani dan menjaga keperluan mereka sepanjang lawatan tersebut, termasuk mencatatkan nasihat doktor dan mengambil ubat-ubatan.
Kos Penjagaan di Rumah di Malaysia
Kos penjagaan di rumah bergantung kepada jenis penjagaan yang diperlukan. Kebiasaanya, kebanyakan khidmat penjagaan diri dan kejururawatan di rumah berharga kira-kira RM30 hingga RM40 sejam tetapi pakej penjagaan yang kami sediakan dapat mengurangkan kos anda.
Dapatkan Penjagaan SekarangPenjagaan Kehidupan Harian
Penjagaan Kejururawatan
Terapi di Rumah
Cara Homage Berfungsi

Muat Turun Aplikasi Homage

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Dalam perkongsian dengan
Soalan popular mengenai Penjagaan di Rumah

Siapa yang memerlukan penjagaan di rumah?
Penjagaan rumah boleh membantu orang tersayang anda berumur di tempat yang selamat dan selesa. Jika anda atau orang yang anda sayangi memerlukan penjagaan khusus, penjagaan di rumah boleh menyokong anda dengan aktiviti kehidupan seharian. Individu yang mempunyai keadaan akut, kronik atau terminal, pulih dari pembedahan atau memerlukan sokongan dengan mobiliti juga boleh mendapat manfaat daripada penjagaan di rumah!
Adakah penjagaan di rumah berbeza dengan penjagaan hospis?
Ya, rawatan hospis memberi fokus kepada meningkatkan mutu kehidupan dan keselesaan seorang individu yang tenat dan bukan untuk menyembuhkan penyakit.
Penjagaan di rumah adalah istilah yang lebih meluas dan merangkumi penjagaan hospis dan lain-lain. Ia merangkumi bantuan untuk aktiviti kehidupan harian seperti bantuan mandi, bantuan mobiliti, menemani seorang individu dan memastikan anda kekal aktif supaya anda kekal selamat dan sihat di kediaman anda sendiri.
Apakah tempoh terpendek untuk lawatan penjagaan di rumah?
Kami menyediakan khidmat penjagaan di rumah sesingkat satu (1) jam dan ini juga bergantung kepada keperluan anda dan orang yang tersayang.
Adakah Homage menyediakan khidmat penjagaan 24 jam?
Ya, kami menyediakan khidmat penjagaan 24 jam. Lawatan anda akan dibahagikan kepada 2 sesi dan kami akan menyediakan dua (2) Care Pro untuk setiap sesi.
Apakah pakej penjagaan di rumah Homage?
Kami mempunyai pakej penjagaan rumah jangka pendek dan jangka panjang dengan tempoh penjagaan yang berbeza-beza supaya anda dan orang yang anda sayangi dapat mencari pakej penjagaan yang paling sesuai dengan keperluan dan pilihan anda. Pakej penjagaan rumah kami juga boleh membantu anda menjimatkan lebih banyak untuk pelbagai sesi penjagaan.
Bilakah saya akan dapat penjagaan yang diperlukan?
Sebaik sahaja anda telah mengesahkan bahawa anda ingin menggunakan perkhidmatan penjagaan rumah Homage, kami boleh memadankan anda atau orang yang anda sayangi dengan Pakar Penjagaan yang sesuai secepat dalam masa 5 hari bekerja.
Siapakah Care Pro Homage?
Semua Care Pro kami adalah rakyat Malaysia (dan penduduk tetap) yang berdedikasi untuk memberikan penjagaan warga tua yang berkualiti kepada anda dan keluarga anda. Mereka adalah 100% penjaga tempatan dan terlatih dari semua lapisan masyarakat.
Bolehkah seorang (1) penjaga menngurus 2 orang pada masa yang sama?
Untuk memastikan anda atau orang tersayang menerima penjagaan yang tidak berbelah bahagi, kami menasihati anda untuk mendapatkan penjagaan dari satu (1) Care Pro untuk setiap orang yang memerlukan bantuan. Sekiranya terdapat 2 individu yang memerlukan khidmat penjagaan, dua (2) Care Pro akan hadir untuk berhidmat di rumah yang sama.
Perkhidmatan selain Penjagaan di Rumah
Cari Penjagaan di Rumah berdekatan dengan anda
Testimoni Pelanggan Kami

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.
Dapatkan Penjagaan Sekarang