Tempah Bantuan Penjagaan Demensia di Malaysia, Tersedia 24/7
Ketahui lebih lanjut tentang demensia, kesan-kesannya terhadap orang tersayang dan keperluan penjagaan mereka. Perlukan bantuan penjagaan untuk orang tersayang yang menghadapi demensia? Care Pro kami yang betauliah dan mahir dalam penjagaan demensia sedia membantu. Dapatkan bantuan dari hanya satu jam.
Dapatkan Penjagaan Sekarang

Kira-kira 590,000 orang di Malaysia dijangka menghadapi demensia menjelang 2050.
Demensia bukan sebahagian daripada proses penuaan yang normal.
Ia adalah keadaan perubatan yang menyebabkan sel-sel otak mati pada kadar yang lebih cepat daripada biasa. Penurunan kognitif yang progresif menyebabkan kesukaran dalam menangani aktiviti harian. Gejala-gejala biasa adalah kemerosotan ingatan jangka masa pendek. Kebiasaanya, seseorang yang menghadapi demensia boleh hidup empat hingga lapan tahun selepas diagnosis mereka, tetapi ada juga yang boleh hidup selama 20 tahun.

Demensia bukan sekadar kealpaan
Kesan demensia bukan sahaja menjejas daya ingatan, pemikiran, komunikasi dan keupayaan penjagaan diri. Ia juga menyebabkan perubahan 'mood' dan juga perubahan kepada keperibadian dan tingkah laku orang tersayang. Penjagaan untuk orang yang menghadapi demensia adalah amat sukar apabila mereka mengalami perubahan dari segi tingkah laku dan kesukaran berkomunikasi.
Penjagaan demensia merentasi peringkat
Gejala-gejala demensia meningkat dari masa ke masa dan berubah pada setiap peringkat. Demensia boleh bahagi kepada tiga kategori: ringan, sederhana dan akhir. Ianya amat sukar untuk mengklasifikasikan seseorang individu dalam satu peringkat kerana ia mungkin berselisihan.
Peringkat-peringkat berikut membantu kita untuk memahami gejala-gejala demensia, efeknya terhadap orang tersayang dan bantuan penjagaan yang diperlukan.

Ketahui lebih lanjut dengan Dementia E-Book
Menjaga orang yang disayangi dengan demensia boleh menjadi proses yang menakutkan tetapi tidak semestinya. Kami telah menyediakan panduan penjaga untuk demensia untuk membantu menangani beberapa kebimbangan ini.
Peringkat Ringan
Individu masih boleh berdikari tetapi mengalami kesukaran ingatan atau tumpuan.
Bantuan Penjagaan
- Peringatan pengambilan ubat-ubatan
- Memastikan individu kekal aktif
- Menemani warga emas
Peringkat Sederhana
Individu mempunyai kesukaran melakukan rutin harian dan sukar berkomunikasi. Perubahan personaliti dan tingkah laku juga mungkin berlaku.
Bantuan Penjagaan
- Peringatan pengambilan ubat-ubatan
- Memastikan individu kekal aktif
- Menemani warga emas
- Kebersihan diri dan dandanan
- Lawatan sekali-sekala
Peringkat Akhir
Individu hilang keupayaan untuk berkomunikasi dan kawalan pergerakan. Perubahan personaliti yang ketara mungkin berlaku.
Bantuan Penjagaan
- Membantu dengan aktiviti kehidupan harian (ADLs)
- Menemani warga emas
- Penjagaan malam
- Prosedur kejururawatan
Bantuan Penjagaan Demensia Di Setiap Peringkat
Kami telah membantu ramai keluarga dan individu yang menghadapi demensia. Salah satu keluarga pertama yang kami membantu adalah keluarga Louis di mana kami menyediakan penjagaan waktu malam dan penjagaan respit untuk ibu merekayang dikenali sebagai Mama Louis.
Care Pro kami telah menjalani latihan penjagaan untuk memahami dan membantu anda dan orang tersayang. Ketahui cara mereka boleh membantu anda di bawah.
Menemani warga emas
Berbual dengan individu tersebut, menjalankan aktiviti interaktif dan membuat lawatan luar bersama mereka.
Memastikan Mereka Kekal Aktif
Memastikan minda dan tubuh badan kekal akitf dengan senama dan aktiviti merangsangkan otak.

Penjagaan Kejururawatan
Memantau dan menjalankan prosedur kejururawatan seperti sedutan, suntikan dan juga penjagaan luka.
Terapi di Rumah
Mengurangkan gejala dan meningkatkan fungsi tubuh orang yang anda sayangi untuk meningkatkan keyakinan diri.
Kos Penjagaan Demensia di Malaysia
Kami menyediakan penjagaan demensia di rumah yang dipercayai dan di mana orang tersayang dijaga dengan rapi.
Dapatkan Penjagaan SekarangPelan Demensia
Cara Homage Berfungsi

Muat Turun Aplikasi Homage

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Dalam perkongsian dengan
Soalan popular mengenai penjagaan demensia

Apakah cara terbaik untuk menjaga seseorang individu yang menghadapi demensia?
Kajian menunjukkan bahawa hubungan yang dengan penjaga dapat membantu melambatkan kesan demensia ke atas kepada individu tersebut. Selain itu, dengan mengeratkan hubungan dua hala, penjaga juga dapatkan merasakan tanggungjawabnya lebih bermakna.
Bolehkah demensia disembuhkan?
Walaupun kira-kira 20% jenis demensia di luar sana seperti 'Normal Pressure Hydrocephalus' boleh diubati, kebanyakan jenis demensia tidak dapat dipulihkan. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor yang di bawah kawala kita dan boleh membantu menguruskan dan melambatkan perkembangan kondisi ini.
Siapakah Care Pro Homage?
Care Pro Homage adalah rakyat Malaysia (dan penduduk tetap) yang berdedikasi untuk memberikan penjagaan yang berkualiti kepada anda dan keluarga anda. Mereka adalah penjaga, jururawat dan ahli terapi bertauliah yang mempunyai set kemahiran dan pengalaman yang unik.
Apakah pakej penjagaan demensia yang anda tawarkan?
Dari ad-hoc hingga sokongan penjagaan sepanjang masa, kami mempunyai pakej penjagaan jangka pendek dan jangka panjang yang disesuaikan dengan tempoh penjagaan yang berbeza dan untuk keperluan penjagaan yang pelbagai supaya anda dan orang yang anda sayangi dapat mencari yang paling sesuai dengan pengaturan penjagaan anda, bila-bila masa yang anda perlukan, di mana sahaja di Malaysia.
Bilakah saya akan dapat penjagaan demensia yang diperlukan?
Sebaik sahaja anda telah mengesahkan bahawa anda ingin melibatkan Homage Care Professional untuk sokongan penjagaan kanser, kami boleh memadankan anda atau orang yang anda sayangi dengan Profesional Penjagaan yang sesuai dalam masa 5 hari bekerja.
Apakah tempoh terpendek untuk lawatan penjagaan di rumah?
Kami menyediakan khidmat penjagaan di rumah sesingkat satu (1) jam dan ini juga bergantung kepada keperluan anda dan orang yang tersayang.
Adakah Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan rumah secara langsung atau 24 jam?
Ya, kami menyediakan khidmat penjagaan 24 jam. Lawatan anda akan dibahagikan kepada 2 sesi dan kami akan menyediakan dua (2) Care Pro untuk setiap sesi.
Lebih banyak perkhidmatan seperti Penjagaan Demensia
Cari Penjagaan Demensia berdekatan anda
Testimoni Pelanggan Kami

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.
Dapatkan Penjagaan Sekarang