Perkhidmatan Pengiring Vaksin & Pengangkutan

Perlukan bantuan untuk ke pusat vaksinasi COVID-19 (PPV)? Pengiring vaksinasi Homage bersedia membantu anda dan orang yang tersayang dan anda juga akan menerima maklumat terkini tentang keadaan mereka pada sepanjang perjalanan.

Dapatkan Penjagaan Sekarang

Terlepas janji temu dan rawatan perubatan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan

Terlepas konsultasi susulan, janji temu perubatan, rawatan dan pemeriksaan kesihatan boleh menyebabkan komplikasi.. Kebanyakan dos vaksinasi COVID-19 seperti Pfizer dan Sinovac memerlukan individu untuk kembali untuk suntikan kedua.

Bagaimana kami boleh membantu:

  • Mengiringi orang tersayang ke tapak vaksinasi dan mengendali pemindahan manual dengan selamat.
  • Menemani mereka untuk keseluruhan proses vaksinasi, termasuk masa pemerhatian 30 minit
  • Mengiringi mereka semasa perjalanan balik dan memastikan mereka pulang dengan selamat
  • Menyediakan laporan ringkasan pada akhir janji temu

Peranan pengiring perubatan amat bernilai untuk kesejahteraan yang tersayang

Untuk memastikan orang tersayang hadir ke janji temu vaksinasi mereka. Barangkali, ia bermanfaat untuk diiringi oleh penjaga profesional yang boleh memberi sokongan moral semasa janji temu tersebut.

Dengan populasi yang semakin meningkat usia di Malaysia, keperluan untuk pengiring perubatan semakin bertambah. Mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan individu dan warga emas berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Pengiring perubatan kami bukan sahaja menemani individu pada sepanjang perjalanan mereka malah juga membantu sekiranya mereka perlu menggunakan tandas dan juga mencatatkan nasihat doktor dan aspek penjagaan peribadi yang lain. Pengiring perubatan betauliah kami akan memastikan orang yang tersayang selamat dan selesa pada sepanjang perjalanan.

Hilangkan perasaan gemuruh anda dengan pertolongan pengiring perubatan kami yang akan menemani orang yang tersayang untuk janji temu dan rawatan perubatan mereka.

Berapakah kos perkhidmatan berikut?

Dapatkan Penjagaan Sekarang
Klik 'Dapatkan Konsultasi Percuma' dan pilih 'Penjagaan Peribadi' untuk berhubung dengan pihak Penasihat Penjagaan kami hari ini!

Pengiring Vaksinasi

Pada
RM 120 /dua hala
Oleh penjaga tempatan bertauliah
Klik 'Dapatkan Konsultasi Percuma' dan pilih 'Penjagaan Peribadi' untuk berhubung dengan pihak Penasihat Penjagaan kami hari ini!

Cara Homage Berfungsi

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 1

Muat Turun Aplikasi Homage

Homage Apple Appstore Homage Google Playstore
Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 1

Daftarkan pelan penjagaan dan dapatkan Care Pro yang sesuai

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 2

Dapatkan perkhidmatan penjagaan daripada Care Pro kami

Bagaimana Ia Berfungsi - Langkah 3

Tempah, urus, dan bayar perkhidmatan kami dalam satu platform

Sebut harga perkhidmatan
100%
Disaring
4.8
penarafan
Rangkaian jururawat, penjaga dan ahli terapi terbesar di Malaysia

Soalan popular mengenai pengiring vaksinasi

Soalan Lazim Perkhidmatan

Bagaimanakah pengiring vaksinasi dapat membantu saya?

Sekiranya anda atau orang yang anda sayangi memerlukan sokongan dengan mendapatkan janji temu vaksinasi, pengiring perubatan dapat membantu. Pengiring vaksinasi Homage akan:

  • Mengambil orang yang tersayang di rumah
  • Mengaturkan pengangkutan yang digunakan sama ada dengan pengambilan teksi, pengunaan kereta sendiri atau kenderaan pilihan anda
  • Memastikan pemindahan yang selamat semasa masuk dan keluar dari kenderaan
  • Mengiring orang yang tersayang sepanjang lawatan
  • Mencatatkan nasihat dan memo doktor
  • Mengambil ubat-ubatan serta laporan discaj, laporan kesihatan dan ujian
  • Mengaturkan teksi atau kenderaan sendiri untuk membawa mereka pulang ke rumah
  • Mengiring mereka ke rumah dan memastikan mereka selamat

Pengiring perubatan kami akan memastikan orang yang tersayang selamat dan selesa

Siapakah pengiring vaksinasi Homage?

Pengiring vaksinasi Homage adalah penduduk tempatan dari semua lapisan masyarakat, yang bersemangat dan berdedikasi untuk memastikan kesejahteraan setiap individu di bawah jagaan mereka.

Semua pengiring perubatan kami mempunyai pensijilan CPR yang sah dan telah menjalani latihan penjagaan. Mereka juga dikehendaki menjalani pemeriksaan tuberkulosis mandatori untuk mengesahkan status kesihatan mereka.

Sebelum menyertai kami sebagai pengiring perubatan, Homage menjalankan wawancara tatap muka untuk menyaring keperibadian, kecekapan dan tingkah laku berasaskan senario dan juga pemeriksaan rujukan yang komprehensif.

Berapa cepat saya boleh mendapatkan pengiring vaksinasi?

Sebaik sahaja anda telah mengesahkan bahawa anda memerlukan perkhidmatan pengiring perubatan Homage, kami akan memadankan anda dengan Care Pro kami yang paling sesuai dalam masa 24-48 jam.

Bagaimana jika janji temu tersebut mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan?

Pengiring perubatan kami akan memaklumkan kepada anda jika janji temu mengambil masa lebih lama melalui aplikasi Homage.

Pada kebiasaannya, pengiring perubatan kami akan terus mengiring orang yang tersayang hingga penghujung temu janji tersebut. Sekiranya pengiring perubatan kami tidak dapat melanjutkan masa merak, pihak kami akan menghubungi anda untuk penyelesaian lanjut.

Caj tambahan akan dikenakan sekiranya tempoh penjagaan dilanjutkan.

Apakah tempoh terpendek untuk perkhidmatan pengiring vaksinasi?

Tempoh perkhidmatan pengiring perubatan Homage bermula dari hanya satu jam, bergantung pada tempoh janji temu yang diharapkan dan keperluan setiap individu.

Testimoni Pelanggan Kami

Bantuan semasa wabak COVID-19

Walapun saya terpaksa menangguh perkhidmatan dengan mereka buat sementara waktu kerana keadaan pandemik, pihak Homage sangat bagus dengan cara mereka mengendalikan segala isu dan pertanyaan yang saya ada. Sekalung penghargaan untuk Shirley dari Homage yang bertindak balas dengan pantas untuk kesemua pertanyaan dan permintaan saya (dan memberikan perkhidmatan yang melangkaui jangkaan saya).

Wong Voon Bing
Sangat disyorkan kalau duduk jauh dengan mak & ayah

Ayah saya jatuh baru-baru ini dan tulang pinggulnya patah. Saya pula tinggal di luar negara dan tak dapat pulang ke rumah pada masa tu. Kawan saya mengesyorkan khidmat penjagaan kejururawatan dengan Homage. Mereka sangat pantas dengan menjawab segala pertanyaan saya dan servis mereka juga profesional dan berkualiti. Kami sekeluarga sangat menghargai perkhidmatan yang disediakan. Ada juga masa yang saya perlu tukar masa lawatan dan mereka bertindak dengan pantas untuk membantu saya dan keluarga saya.

Anisa Aisha
Pengalaman positif

Pengalaman kami sangat positif. Setakat ini, kami telah menggunakan Care Pro lebih kurang 10 kali (untuk tengokkan ibu) dan mereka sangat bagus dan banyak menolong Koordinator Homage, Bel juga sangat membantu sejak hari pertama lagi. Harga juga munasabah dan saya suka laporan yang disediakan dalam aplikasi mereka. Semua maklumat tentang lawatan mereka dapat disemak dengan mudah. Berbaloi untuk cuba!

Adelaine Yeo
Terima kasih 

Ibu saya yang berusia 85 tahun yang baru saja menjalani pembedahan hernia pada Januari 2019 dijaga oleh beberapa Care Pro Homage. Semuanya dilatih secara profesional di hospital terkemuka di Malaysia. Kesemua Care Pro ibu juga merawatnya dengan penuh tekun dan belas kasihan. Mereka juga memberi petua yang tidak ternilai tentang cara penjagaan warga emas kepada ahli keluarga kami. Terima kasih sangat-sangat dan setinggi penghargaan kepada Homage.

Azwan Shahuddin
Pasti salah satu yang terbaik!

Aku punya pengalaman positif dengan Homage sejauh ini. Mereka fleksibel, berpatutan, dan profesional. Koordinator dari Homage telah sangat membantu dan menampung permintaan saya sejak hari pertama. Pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga nenek saya adalah tepat pada masanya, terlatih profesional dan penuh perhatian. Semoga mereka akan terus melayani dengan baik.

Kamilah Barvin
Program fisioterapi yang komprehensif

Homage telah banyak membantu kami dengan pemulihan ayah kami. Mereka memberi kami penjelasan yang komprehensif mengenai program fisioterapi. Ahli terapi yang mereka hantar sangat berkelayakan, sopan, bersemangat, dan memberikan perkhidmatan yang luar biasa. Harga juga berpatutan.

Farizal Anam
Bimbingan untuk pembantu rumah saya

Terima kasih Homage atas bantuan anda selepas ibu saya dibenarkan keluar dari hospital kerana demam denggi. Ibu mendapat semula keyakinannya untuk mandi pertamanya selepas keluar dengan bantuan pengasuh Homage, sesuatu yang pembantu rumah saya tidak akan dapat lakukan. Juga untuk membimbing pembantu rumah tangga saya untuk menanganinya dengan cara yang lebih bersih. Pembantu rumah saya belajar kaedah yang betul dan dapat memberi penjagaan yang lebih baik kepada ibu sekarang. Sangat mengesyorkannya kepada orang yang mencari perkhidmatan penjagaan profesional untuk menguruskan ahli keluarga yang memerlukan bantuan.

Jenny Lim
Ujian swab tanpa kerumitan

Ia benar-benar mudah apabila anda boleh menjalani ujian swab COVID-19 tanpa meninggalkan rumah anda. Sambutannya sangat cepat, aplikasinya cekap. Terima kasih atas perkhidmatan anda.

Sofia Mustaffa
Keseluruhan kerja berpasukan yang baik

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Homage atas perkhidmatan cemerlang mereka terutamanya Cik Ginger kerana komunikasi dan perkhidmatan pelanggannya yang cemerlang dan untuk membuat pengaturan yang diperlukan. Dia melakukan susulan yang baik sebelum dan selepas fisio, juga tepat suapan kembali. Kami menghargai Cik Shu untuk perkhidmatan fisio yang sangat baik yang membuat ibu saya mendapat keyakinan bahawa dia boleh berjalan lagi. Cik Shu sangat sabar, bekerja keras, dan komited untuk melihat ibu saya akan dipulihkan dan sembuh sepenuhnya. Terima kasih.

Paul Mahendran
Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang
Curve

Utamakan Penjagaan Peribadi Untuk Yang Tersayang

Dapatkan konsultasi percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.

Dapatkan Penjagaan Sekarang