Lumuran Pap 101: Gambaran Keseluruhan, Prosedur & Keputusan

Apa itu pap smear atau lumuran pap dan mengapa kita memerlukannya? Pelajari semua yang anda perlu tahu mengenai lumuran Pap dan di mana anda boleh menjalani ujian saringan ini di Malaysia.

oleh Tan Jia Hui

Apa itu Ujian Lumuran Pap?

Lumuran Pap (Papanicolaou) ialah prosedur yang dijalankan bagi mengesan apa-apa kondisi yang tidak normal di dalam serviks wanita, iaitu bahagian bawah rahim yang terdapat sebelum bukaan faraj. Setelah proses pengumpulan sel dijalankan, pegawai kesihatan akan meletakkannya kedalam botol yang telah diisi dengan larutan tertentu bagi tujuan penyimpanan. Sampel ini akan dihantar ke makmal di mana ahli patologi akan menjalankan ujian bagi mengesan sekiranya terdapat sesuatu yang diluar kebiasaan pada sel tersebut. Ahli patologi ini merupakan doktor yang pakar dalam mendapatkan keputusan ujian makmal yang dipercayai.

Bolehkah Ujian Lumuran Pap Mengesan STD?

Disebabkan ujian lumuran Pap ini boleh mengenalpasti ketidaknormalan pada sel di dalam serviks, mungkin anda tertanya-tanya sama ada lumuran Pap ini boleh digunakan bagi mengesan penyakit jangkitan seksual. Untuk pengetahuan anda, keputusan lumuran Pap ini tidak akan memberitahu anda sama ada anda dijangkiti STD atau sebaliknya. Untuk mengesan STD, anda bolehlah menjalani ujian-ujian lain seperti ujian pemasangan basah faraj.

Tujuan utama ujian lumuran Pap adalah untuk mengesan perubahan tidak normal dala sel-sel serviks yang boleh menjadi petanda awal pembentukan sel prakanser ataupun kanser serviks tahap awal. Melalui ujian lumuran Pap dari masa ke masa, para wanita boleh mengenalpasti sel-sel tidak normal di dalam serviks dan merawatnya dengan menggunakan cara mencegah kanser serviks.

Di samping itu, sesetengah doktor turut mencadangkan ‘pemeriksaan bersama’ yang bermaksud sel-sel yang dikumpul semasa ujian lumuran Pap juga akan diuji untuk virus HPV, faktor terbesar yang boleh menyumbang kepada kanser serviks. Namun begitu, anda boleh juga memilih untuk menjalani pemeriksaan HPV secara berasingan, terutamanya jika keputusan ujian lumuran Pap menunjukkan sesuatu yang tidak normal.

Siapa yang perlukan Pap Smear?

Disebabkan ujian lumuran Pap mampu mengesan sel prakanser ataupun kanser serviks, boleh dikatakan setiap wanita perlu menjalaninya. Tetapi, hanya wanita dengan kriteria tertentu sahaja yang perlu mendapatkannya.

Berikut merupakan wanita yang layak menjalani ujian lumuran Pap:

  • 25 hingga 29 tahun
  • Telah terlibat dalam hubungan seksual
  • Adakah aktif secara seksual

Berapa Kerap Saya Perlu Mendapatkan Pap Smear?

Terdapat beberapa jawapan untuk soalan ini. Oleh itu, kita akan mulakannya dengan pendekatan umum: menurut Persatuan Kanser Kebangsaan, anda perlu menjalani ujian lumuran Pap sekali setiap 3 tahun dengan syarat keputusan anda tidak menunjukkan apa-apa yang tidak normal. Sekiranya doktor mendapati terdapat sebab-sebab tertentu yang perlu diambli kira, dia mungkin akan menyarankan anda untuk menjalani ujian ini lebih daripada sekali setiap 3 tahun.

Pada usia 30 tahun, anda menjadi layak untuk ujian HPV, yang boleh anda lalui setiap 5 tahun; sekali lagi, dengan syarat anda mempunyai hasil yang normal.

Persoalan seterusnya yang mungkin bermain difikiran anda ialah “Adakah saya memerlukan ujian lumuran Pap dan ujian HPV? Bolehkah saya hanya dapatkan salah satu daripada kedua ujian ini?”

Secara umumnya, ujian lumuran Pap adalah disyorkan untuk wanita berusia 25 - 29 tahun. Apabila anda telah mencecah usia 30 tahun, doktor anda mungkin akan menasihati anda untuk menjalani ujian pengesanan HPV sahaja.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh menjalani kedua-dua ujian secara bersama ataupun berasingan. Lagipun, kedua-dua ujian ini mempunyai objektif yang berbeza iaitu: mengesan sel-sel tidak normal (lumuran Pap) dan mengenalpasti kewujudan virus yang berpotensi membawa kepada kanser serviks (ujian HPV).

Adakah Saya Patut Menjalani Ujian Lumuran Pap Sekiranya Saya Tidak Aktif Secara Seksual?

Pernah mengadakan hubungan seksual ataupun aktif secara seksual merupakan kriteria untuk anda menjalani ujian lumuran Pap. Adakah ini bermaksud anda tidak perlu menjalani ujian ini sekiranya anda masih belum pernah melakukan seks ataupun anda tidak aktif secara seksual?

Pakar mengatakan bahawa risiko untuk mendpatkan kanser serviks bagi mereka yang masih belum pernah melakukan seks ataupun tidak aktif secara seksual adalah rendah. Namun begitu, mereka masih boleh menjalani ujian lumuran Pap. Doktor menjelaskan, walaupun majoriti kes kanser serviks berpunca daripada jangkitan seksual HPV, masih terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembentukan kanser ini, misalnya seperti sejarah kesihatan keluarga serta tabiat merokok.

Di Mana Saya Boleh Menjalani Ujian Lumuran Pap di Malaysia?

Anda boleh mendapatkan lumuran Pap secara percuma di Malaysia melalui Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia. Anda boleh membuat janji temu di sini.

Selain itu, anda juga boleh menjalani ujian lumuran Pap di mana-mana cawangan Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara.

Kos Ujian Lumuran Pap di Malaysia

Kos ujian lumuran Pap di Malaysia adalah berbeza-beza. Tetapi, secara kasarnya, anda boleh menjalani ujian ini dengan anggaran kos seperti di bawah:

  • Ujian lumuran Pap konvensional RM40
  • Ujian lumuran Pap sitologi berasaskan cecair RM80
  • Ujian HPV DNA RM250
  • Ujian HPV DNA & Ujian lumuran Pap sitologi berasaskan cecair RM330

Apakah Persediaan Yang Perlu Saya Lakukan Untuk Menjalani Ujian Lumuran Pap?

Bagi mempersiapkan diri anda sebelum menjalani lumuran Pap, anda bolehlah menempah janji temu 2 minggu setelah menstruasi anda bermula. Jika anda tidak dapat hadir pada waktu yang disarankan di atas, anda boleh menukar tarikh janji temu sekurang-kurangnya seminggu sebelum menstruasi anda yang seterusnya. Menurut laporan, sel-sel serviks berada dalam keadaan paling bersih sepanjang tempoh ini.

Setelah anda menetapkan tarikh janji temu, elakkan melakukan perkara-perkara berikut 48 jam sebelum ujian dijalankan:

  • Mengadakan hubungan seks
  • Berenang
  • Berendam di dalam tab mandi
  • Menggunakan pelincir
  • Memakai produk khusus untuk faraj (spermisida, krim, ubat-ubatan)
  • Menggunakan tampon

Aktiviti-aktiviti di atas boleh menjejaskan keputusan ujian Pap kerana ianya boleh menyebabkan iritasi pada tisu serta membasuh sel-sel tidak normal.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk memakai pakaian dua helai. Anda juga digalakkan membawa tuala wanita ataupun pelapik seluar dalam kerana terdapat kebarangkalian untuk darah keluar buat beberapa ketika selepas ujian dijalankan.

Apa Yang Terjadi Semasa Ujian Lumuran Pap?

Sekarang mari kita bicara tentang apa yang terjadi selama Pap smear Anda.

Bahagian pertama selalunya melibatkan sesi temuduga di mana doktor akan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kesihatan anda, khususnya kesihatan seksual. Atas sebab ini, anda bolehlah mengambil langkah bijak dengan menyediakan yang tepat dan jujur untuk soalan-soalan berikut:

  • Adakah anda mengandung?
  • Adakah anda menggunakan apa-apa kaedah kawalan kelahiran?
  • Adakah anda merokok?
  • Adakah anda sedang mengambil apa-apa ubat? Berapa kerap anda mengambil setiap satu daripadanya?
  • Bilakah hari pertama menstruasi anda yang terakhir? Berapa lama ia berlarutan?
  • Adakah anda mengalami gejala didalam kawasan kemaluan termasuklah pendarahan ringan, kegatalan, rasa terbakar atau mengalami hubungan kelamin yang menyakitkan?
  • Adakah anda pernah menjalani pembedahan melibatkan organ pembiakan?
  • Adakah ini kali pertama anda menjalani ujian Pap? Jika bukan, adakah keputusan ujian Pap sebelum ini menunjukkan sesuatu yang tidak normal?

Selepas sesi temuduga kesihatan ini, doktor akan memberikan masa untuk anda menanggalkan seluar dalam di dalam sebuah bilik dan menukar pakaian kepada gaun yang disediakan. Anda juga digalakkan untuk membuang air sebelum menjalani ujian. Kemudian:

  1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas meja pemeriksaan dengan lutut anda membengkok dan tumit disokong oleh sanggur.
  2. Seterusnya, pegawai kesihatan akan memerhatikan kawasan kemaluan anda untuk melihat jika terdapat gejala-gejala yang jelas seperti kulit yang kemerah-merahan ataupun bengkak.
  3. Mereka kemudiannya akan memasukkan spekulum yang telah disalut pelincir kedalam faraj anda. Spekulum merupakan alat yang diperbuat daripada plastik ataupun besi yang berfungsi untuk membuka dinding vagina.
  4. Proses memasukkan spekulum ini mungkin boleh menyebabkan sedikit rasa kurang selesa, tetapi tidaklah menyakitkan. Tarik nafas dalam-dalam untuk membantu anda relaks.
  5. Selepas memeriksa serviks anda secara visual, pegawai kesihatan akan menggunakan berus atau sapu kapas untuk mengumpul sel. Semasa proses mengumpul anda mungkin merasa sedikit tekanan, tetapi selalunya ia tidak menyakitkan.
  6. Untuk pengetahuan anda, sel akan dikumpul kedalam 2 tempat di dalam serviks anda: Ektoserviks, bahagian paling dekat dengan faraj, dan endoserviks iaitu bahagian yang paling hampur dengan rahim. Doktor turut memanggil endoserviks ini sebagai zon transformasi kerana disinilah kanser serviks ini mula tumbuh.
  7. Sekiranya ahli patologi ada pada waktu tersebut, pegawai kesihatan akan meletakkan sel keatas slaid kaca untuk membuat pemerhatian menggunakan mikroskop. Jika tiada ahli patologi yang berada di situ, sel-sel akan diletakkan ke dalam botol yang mengandungi larutan tertentu bagi tujuan penyimpanan

Setelah prosedur selesai dijalankan, doktor akan memberi anda masa untuk menukar pakaian dan memberitahu anda bila keputusan boleh diambil. Sekiranya anda mempunyai soalan tambahan, inilah masanya untuk anda terus bertanya kepada mereka.

Walaupun terdapat kemungkinan untuk anda mengalami pendarahan ringan selepas ujian, anda masih boleh menjalani hari anda seperti biasa kerana tiada kesan-kesan sampingan lain yang akan dialami.

Berapa Tempoh Masa Yang Diambil Untuk Mendapatkan Keputusan Ujian Lumuran Pap?

Tempoh masa yang diambil untuk memperoleh keputusan ujian Pap bergantung kepada klinik yang menjalankan prosedur tersebut. Namun begitu, selalunya keputusan akan keluar dalam masa 3 minggu, tetapi adakalanya sesetengah klinik akan mengambil masa sehingga 1 bulan setengah.

Apakah Maksud Yang Perlu Difahami Daripada Keputusan Ujian Lumuran Pap?

Secara umumnya, terdapat 2 jenis keputusan bagi ujian ini: keputusan yang normal dan keputusan tidak normal.

Keputusan Normal

Keputusan normal bermaksud ahli patologi tidak menjumpai apa-apa yang diluar kebiasaan pada sel serviks anda.

Namun demikian, perlu diingatkan walaupun ujian Pap ini merupakan alat terbaik untuk mengesan kanser serviks, ujian ini tidak 100% tepat. Dalam beberapa kes terpencil, prosedur ini mungkin akan terlepas pandang akan sel-sel kanser yang wujud. Tambahan pula, kanser serviks ini tumbuh secara perlahan. Oleh itu, pemeriksaan rutin adalah digalakkan.

Keputusan Tidak Normal

Sekiranya doktor memberitahu bahawa keputusan ujian Pap anda tidak normal, terdapat 5 kemungkinan yang boleh disimpulkan

ASCUS

ASCUS ialah keputusan tidak normal yang sering dilaporkan. ASCUS merupakan singkatan bagi sel skuamosa atipikal yang tidak dapat ditentukan kepentingannya. Ianya bermaksud ahli patologi telah manjumpai beberapa sel tidak normal yang boleh menandakan jangkitan HPV. Namun begitu, perubahan ini boleh juga berpunca daripada sebab-sebab lain seperti keradangan atau menopaus.

LSIL atau HSIL

LSIL ialah singkatan bagi luka intraepitelial skuamosa gred rendah. Ianya bermaksud ahli patologi menjumpai perubahan selular yang tidak normal; selalunya kerana jangkitan HPV dan akan sembuh dengan sendirinya.

HSIL pula bermaksud luka intraepitelial skuamosa gred tinggi dan ini boleh membawa maksud bahawa perubahan selular adalah lebih serius dan berpotensi menunjukkan kewujudan kanser atau prakanser.

ASC

Sel skuamosa atipikal (ASC) bermaksud doktor telah menjumpai sel skuamosa yang mencurigakan termasuklah HSIL.

AGC

Sel-sel kelenjar atipikal (AGC) adalah satu lagi hasil Pap smear yang tidak normal. Sel-sel kelenjar adalah sel biasa dalam saluran serviks dan rahim. Hasil ini menunjukkan bahawa doktor mendapati sel-sel kelenjar yang mencurigakan yang mungkin menunjukkan precancer atau kanser.

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Mendapat Keputusan Ujian Lumuran Pap Yang Tidak Normal?

Langkah seterusnya sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor seperti usia anda dan jenis keputusan tidak normal yang anda perolehi. Antara pilihan yang doktor akan berikan termasuklah:

  • Ulangi Ujian Pap. Ini bermaksud anda perlu mengulang ujian lumuran Pap selepas tempoh tertentu. Contohnya, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk mengulang lumuran Pap ini selepas satu tahun dan bukan 3 tahun. Perlu diingatkan anda tidak dinasihatkan untuk mengulang ujian Pap ini dengan segera selepas ujian kali pertama kerana keputusan yang anda bakal perolehi mungkin sama dengan keputusan sebelum ini (seperti yang dinyatakan diatas, kanser serviks ini tumbuh secara perlahan).
  • Ujian HPV. Doktor boleh juga menyuruh anda menjalani ujia HPV terutamanya jika mereka mengesyaki yang sel tidak normal ini terbentuk disebabkan jangkitan HPV.
  • Colposcopy dan biopsi. Melalui kolposkopi, doktor akan membesarkan kawasan yang dikenalpasti terdapat sel-sel tidak normal dan menentukan sama ada biopsi diperlukan atau tidak. Biopsi ialah prosedur di mana doktor akan mengumpul sel atau tisu untuk mengenalpasti kewujudan neoplasia intraepitelial serviks (CIN), yang merupakan kondisi prakanser. Jika terdapat CIN, biopsi boleh menentukan gred serta tahap keseriusannya.

Ringkasan: Ujian Lumuran Pap

  • Ujian lumuran Pap ialah salah satu cara terbaik bagi mengesan prakanser ataupun kanser serviks tahap awal. Mengesan kondisi ini pada perigkat awal bermaksud anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan hasil rawatan yang lebih baik. 
  • Ujian lumuran Pap ialah ujian rutin yang perlu dilakukan sekali setiap 3 tahun, dengan syarat anda memperoleh keputusan ujian yang normal.
  • Keputusan normal bermaksud ahli patologi tidak mendapati sebarang sel tidak normal atau apa-apa perubahan signifikan. Sekiranya anda mendapat keputusan tidak normal, doktor selalunya akan menyuruh anda mengulang ujian ini, ujian HPV ataupun koloposkopi dan biopsi.

Adakah anda sedang mencari seseorang untuk menjaga orang yang anda sayangi?

Homage menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk orang yang anda sayangi di setiap peringkat. Profesional penjagaan terlatih kami dapat menyediakan persahabatan, penjagaan kejururawatan, penjagaan malam, terapi rumah dan banyak lagi, untuk memastikan orang yang anda sayangi aktif dan terlibat.

Berikan penjagaan terbaik kepada orang yang anda sayangi hari ini!  Isi borang di bawah untuk perundingan percuma dengan pasukan Penasihat Penjagaan kami.

Isi butiran di bawah dan Penasihat Penjagaan kami boleh menghubungi anda dengan maklumat penjagaan yang anda perlukan.


Rujukan
  1. Keputusan ujian saringan kanser serviks yang tidak normal. (n.d.). nilai ialah indeks dan penggunaan Coveo sebagai tajuk dalam Hasil Carian.–> ACOG. https://www.acog.org/womens-health/faqs/abnormal-cervical-cancer-screening-test-results
  2. Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, (2021). Pemeriksaan kanser serviks - NCSM. Dicapai 27 Februari, 2020. Boleh didapati di: https://cancer.org.my/get-screened/cancer-screening-clinics/cervical-cancer-screening/.
  3. Pap smear: Adakah saya memerlukan satu jika saya masih perawan? (2020, 22 April). Klinik Mayo. Diperoleh 28 Disember, 2020, daripada https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/pap-smear/expert-answers/pap-smear/faq-20057782
  4. Ujian PAP. (2019, 9 Januari). Cancer.Net. Diperoleh 27 Disember 2020, daripada https://www.cancer.net/navigating-cancer-care/diagnosing-cancer/tests-and-procedures/pap-test
  5. Ujian PAP: Ensiklopedia perubatan MedlinePlus. (n.d.). MedlinePlus – Maklumat Kesihatan dari Perpustakaan Perubatan Negara. https://medlineplus.gov/ency/article/003911.html
Mengenai Penulis
Tan Jia Hui
Jia Hui adalah pemasar kandungan yang suka membantu orang lain dan berharap dapat menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik dengan cara apa pun yang dia boleh. Dalam poket masa lapang, anda boleh menemui snek beliau pada ais krim dan kentang goreng dengan Nenek muda 80 tahun di rumah.
Jadikan Penjagaan Rumah Peribadi Kepada Orang Yang Anda Sayangi
Curve

Jadikan Penjagaan Rumah Peribadi Kepada Orang Yang Anda Sayangi

Mulakan dengan perundingan percuma hari ini, dan ketahui mengapa beribu-ribu rakyat Malaysia mempercayai Homage untuk memberikan penjagaan terbaik di rumah mereka.

Berhati-hati Sekarang