Penyakit Alzheimer: Punca, Simptom, Tahap, Rawatan & Pencegahan

Apa itu Alzheimer? Dapatkan maklumat terperinci mengenai Alzheimer termasuk simptom, punca, peringkat atau tahap, rawatan, cara mencegahnya serta cara menjaga orang tersayang yang menghidapinya.

by Homage team

Apa itu penyakit Alzheimer?

Penyakit Alzheimer adalah salah satu jenis penyakit demensia yang paling biasa ditemui. Seperti kebanyakan penyakit demensia, Alzheimer adalah penyakit degeneratif yang berterusan tanpa rawatan penyembuhan.

Penyakit Alzheimer sering dihidapi golongan warga emas dan 8.5 peratus orang yang berumur 60 tahun di Malaysia menghidapi Alzheimer.

Perubahan otak yang menyebabkan Alzheimer bermula lama sebelum simptomnya muncul. Diagnosis yang awal dapat memperlambatkan perkembangan penyakit ini dan memberi peluang kepada pesakit Alzheimer untuk merancang kehidupan seharian mereka. Masalah ingatan dan simptom-simptom Alzheimer mampu menyebabkan gangguan emosi dan tingkah laku pesakit. Kadangkala seseorang yang mengalami Alzheimer akan elak berjumpa dengan doktor atau cuba menyembunyikan simptom-simptom mereka.

Tanpa diagnosis doktor, penyakit Alzheimer mampu menyebabkan gangguan ingatan dan perubahan tingkah laku yang teruk. Oleh itu, diagnosis yang lebih awal dapat membantu anda untuk mendapatkan rawatan lebih awal dan meningkatkan jangka hayat.

Simptom penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah penyakit yang mengurangkan jangka hayat tetapi perkembangannya sukar diramal. Sebilangan pesakit mampu mengekalkan fungsi otak bertahun-tahun setelah diagnosis manakala ada golongan pesakit yang mengalami kemerosotan ingatan dan fungsi otak yang pantas. 

  • Simptom di Peringkat Awal Alzheimer

Simptom yang paling sering dikaitkan dengan Alzheimer adalah masalah ingatan jangka pendek. Kehilangan ingatan jangka pendek, berbanding kehilangan ingatan jangka panjang, bermaksud anda mungkin dapat mengingati peristiwa dari masa lalu dengan jelas, tetapi sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku atau seringkali hilang barang. Perubahan dalam cara berkomunikasi juga merupakan gejala biasa pada tahap awal penyakit Alzheimer. Ini termasuk kesukaran mencari perkataan yang betul, memahami percakapan orang lain dan daya tumpuan yang singkat.

  • Simptom di Peringkat Tengah Penyakit Alzheimer

Pesakit Alzheimer seringkali hilang keyakinan dengan perbuatan mereka yang melibatkan masa dan peristiwa. Kadangkala pesakit Alzheimer mungkin menjadi lebih gelisah dan ganas apabila mereka tidak dapat mengenalpasti di mana mereka berada auta ahil keluarga sendiri. 

Perubahan mood atau keperibadian lebih sering terjadi pada peringkat pertengahan Alzheimer. Ini merupakan simptom utama penyakit Alzheimer dan simptom kedua yang disebabkan oleh simptom-simptom lain penyakit ini.

Simptom sesetengah pesakit mungkin menjadi lebih ketara pada waktu malam. Selain daripada itu, persekitaran yang tidak dikenali juga dapat menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan yang lebih ketara.

  • Simptom di Peringkat Akhir Penyakit Alzheimer

Pada peringkat akhir penyakit Alzheimer, pesakit akan sukar untuk berfungsi secara berdikari. Pesakit Alzheimer mungkin mula bergelut untuk berdiri atau bergerak tanpa bantuan. Mereka mungkin kehilangan kemampuan untuk bercakap, makan, minum, menelan, dan mengawal pundi kencing. Pada peringkat akhir Alzheimer, penghidap biasanya akan memerlukan sokongan dengan aktiviti harian mereka dan memerlukan pertolongan dari penjaga, sama ada dari ahli keluarga sendiri atau pengasuh dari luar. Individu yang menghidap penyakit Alzheimer yang mengalami kemerosoton daya kognitif mungkin memerlukan penjagaan sepenuh masa untuk memastikan keselamatan diri dan mengelakkan masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan simptom Alzheimer.

Pada peringkat terakhir, penghidap Alzheimer memerlukan penjagaan paliatif. Penjagaan paliatif adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberikan sokongan fizikal dan mental yang secukupnya apabila penghidap Alzheimer di akhir hayat mereka.

Bagaimanalah cara mendiagnosis penyakit Alzheimer?

Mengenalpasti simptom Alzheimer dalam diri sendiri bukan perkara yang mudah. Selalunya, ahli keluarga adalah orang pertama yang akan memerhatikan dan dapat mengesan kehilangan daya ingatan atau fungsi dan mood yang berbeza. Oleh itu, ahli keluarga disarankan untuk menghadiri temu janji di hospital kerana mereka dapat memberikan laporan yang lebih tepat dan objektif mengenai simptom-simptom seorang pesakit

Masalah ingatan tidak semestinya bermaksud anda menghidap penyakit Alzheimer atau demensia yang lain – ia tidak membimbangkan jika anda lupa di mana anda meninggalkan kunci anda, dan sesetengah orang secara semula jadinya mungkin mempunyai ingatan yang lebih baik daripada yang lain, tetapi daya ingatan yang semakin merosot atau lemah perlu dinilai oleh doktor.

Oleh kerana kehilangan ingatan dan simptom demensia lain berkait rapat dengan peningkatan usia, kadangkala ia ditepikan sebagai kejadian semula jadi proses penuaan. Walau bagaimanapun, demensia bukan sebahagian daripada penuaan normal dan simptomnya harus ditangani dengan serius dan dinilai secara menyeluruh.

Masalah memori boleh disebabkan pelbagai punca termasuk jangkitan kuman, keletihan atau kelesuan berlanjutan, dan ubat-ubatan tertentu. Oleh itu, elakkan mendiagnosis diri sendiri. 

Doktor anda boleh merujuk anda ke klinik pakar memori, di mana anda mungkin berjumpa dengan pakar geriatrik – doktor yang pakar berkaitan dengan penuaan; pakar neurologi – doktor pakar otak atau sistem saraf; atau doktor pakar psikiatri untuk usia tua.

Pelbagai ujian mungkin dilakukan untuk mengenalpasti punca simptom yang anda mengalami termasuk ujian darah. Penglihatan dan pendengaran anda juga boleh dianggap sebagai faktor penyebab simptom. Terdapat juga soal selidik yang digunakan oleh doktor untuk menilai fungsi ingatan jangka pendek dan jangka panjang, kesedaran ruang atau masa dan daya tumpuan. Ini mungkin merangkumi aktiviti seperti mengingat rangkaian kata dan mengulanginya semula.

Imbasan pengimejan perubatan seperti imbasan CT atau MRI juga mungkin dilakukan untuk mencari perubahan otak yang berkaitan dengan Alzheimer atau untuk melihatkan struktur otak. Imbasan ini dapat menunjukkan jika individu, misalnya, mengalami strok, luka  atau ketumbuhan di otak. 

Demensia vs Alzheimer

Ada kalanya, kita akan mendengar istilah Alzheimer dan demensia digunakan secara bergantian. Walaupun penyakit Alzheimer adalah jenis penyakit demensia, terdapat banyak jenis demensia lain, termasuk penyakit jasad Lewy, demensia vaskular, dan demensia Parkinson. Meskipun ia semua merupakan demensia dan mempunyai simptom yang sama, punca dan corak penyakitnya mungkin berbeza. Demensia vaskular, misalnya, dicirikan oleh corak penurunan ‘stepped’; tempoh fungsi stabil bergantian dengan penurunan pantas secara tiba-tiba dan kembali ke tempoh fungsi yang stabil tetapi berkurangan secara menyeluruh. Sebaliknya, Alzheimer mengikuti corak kemerosotan yang lebih stabil dan beransur-ansur. Kawasan otak yang terjejas dan perubahannya juga membezakan jenis demensia yang berbeza.

Ketahui lebih lanjut mengenai perbezaan antara demensia dan Alzheimer di sini.

Punca Penyakit Alzheimer

Alzheimer berlaku disebabkan perubahan fizikal otak. Deposit protein di dalam tisu otak lama-kelamaan boleh menghalang isyarat –neurotransmitter -daripada menghantar maklumat dengan betul. Bahagian-bahagian otak tertentu pula akan mula mengecil, bermula dengan bahagian otak yang berkaitan dengan daya ingatan.  

Oleh kerana perubahan-perubahan ini tidak difahami sepenuhnya, ia tidak diketahui mengapa ia berlaku kepada segolongan manusia.

Terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer tetapi tidak menyebabkannya. Peningkatan usia adalah faktor risiko yang paling ketara dengan penyakit Alzheimer. Individu yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular juga lebih cenderung menghidapi penyakit Alzheimer. Ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor risiko penyakit kardiovaskular juga menyumbang kepada penyakit Alzheimer. Faktor risiko yang tinggi untuk penyakit kardiovaskular yang juga dianggap berkaitan dengan Alzheimer adalah:

Ini merupakan faktor risiko yang diketahui menyumbang kepada sejumlah penyakit serius. Gaya hidup yang sihat adalah faktor yang penting untuk mencegah penyakit serius termasuk Alzheimer.

Rawatan Penyakit Alzheimer

Pada masa ini, Alzheimer masih tiada penawar tetapi terdapat pelbagai jenis rawatan yang boleh membantu memperlahankan perkembangan simptomnya. 

Ubat untuk Penyakit Alzheimer

Ubat yang dikenali sebagai penyekat asetilkolinesterase (acetylcholinesterase) membantu menguatkan komunikasi antara saraf di dalam otak yang memperlahankan simptom Alzheimer. Preskripsi ubat lain seperti Memantine juga boleh memperlambat kehilangan ingatan progresif.

Preskripsi antidepresan juga mungkin disarankan untuk mereka yang menghidap Alzheimer dan mengalami kemurungan. Pada masa yang sama, antidepresan juga digunakan untuk mengurangkan simptom kegelisahan, keagresifan yang teruk. Individu yang menjadi sangat tertekan atau agresif sehingga mereka berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain juga boleh diberi ubat-ubatan untuk membantu mereka berehat dan bertenang.

Walaupun dengan preskripsi perubatan, penyakit Alzheimer adalah penyakit progresif, yang bermaksud ia bertambah teruk dengan masa. Oleh itu, pengurusan simptom adalah tujuan utama rawatan Alzheimer dan sebahagian besar daripadanya bukan perubatan.

Rawatan Bukan Perubatan untuk Penyakit Alzheimer

Rawatan bukan perubatan terdiri daripada perkhidmatan sokongan untuk tugasan harian dan membantu mengekalkan keberdikarian. Sesi terapi dengan terapi kognitif dan pakar rangsangan kognitif dapat membantu meningkatkan atau memanjangkan fungsi dan daya ingatan. 

Menjaga penghidap Alzheimer juga merangkumi memastikan menjaga perasaan dan emosi mereka. Perasaan cemas dan tertekan adalah normal untuk mereka yang menghidapi Alzheimer. Semaking lama Alzheimer berlanjutan, kemurungan juga mungkin menjadi sebahagian dari hidup pesakit. Sekiranya masalah ingatan jangka pendek semakin serius, terapi ingatan juga dapat membantu pesakit. 

Interaksi Dengan Pesakit Alzheimer

Semua individu berbeza dan corak penyakit boleh berubah dari masa ke masa. Pada peringkat awal, individu dengan kehilangan ingatan jangka pendek yang ringan mungkin mudah untuk mengingatkan mereka semula.

Pastikan komunikasi mudah difahami

Oleh kerana perhatian mereka mungkin kurang, ia amat penting untuk berikan tumpuan yang lebih apabila berkomunikasi dengan individu yang menghidapi penyakit Alzheimer. Gunakan ayat yang lebih pendek dan jelas agar lebih mudah dipahami.

Individu yang menghidap penyakit Alzheimer mungkin sukar mengingati maklumat untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, perbualan dengan seseorang yang mempunyai masalah ingatan jangka pendek mungkin berulangan. Ia mungkin menjengkelkan apabila ditanya soalan yang sama berulang kali, namun ia penting untuk diingat bahawa dalam perspektif mereka, setiap kali anda menjawab soalan mereka adalah kali pertama mereka mendengarnya.

Mengorientasikan semula orang dengan masalah kehilangan ingatan

Individu dengan masalah kehilangan ingatan jangka pendek yang mempunyai ingatan yang jelas tentang masa lampau mungkin terperangkap dalam kehidupan pada masa itu. Ia tidak ganjil sekiranya seseorang yang menghidap penyakit Alzheimer tersilap menyebut nama ahli keluaraga atau bertanya tentang seseorang yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. 

Sekiranya mereka tidak dapat mengingati maklumat dengan jelas atau lama, elakkan daripada memberitahu mereka bahawa mereka salah atau orang yang mereka cari telah meninggal dunia kerana ia tidak bermanfaat untuk sesiapa. Seseorang yang menghidapi Alzheimer mungkin mempunyai ingatan yang berubah-ubah. Oleh itu, perkara ini harus dinilai dari hari ke hari dan minit ke minit.

Situasi atau Persekitaran Yang Tidak Dikenali

Situasi atau tempat yang tak dikenali dapat menyebabkan simptom Alzheimer bertambah buruk dan menimbulkan perasaan takut dan gelisah. Salah satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan membuat dokumen perinci yang menjelaskan keperluan individu apabila mereka tidak dapat menyatakan keperluan mereka sendiri. Ini termasuk senarai pemakanan dan program televisyen kegemaran mereka, atau lebih terperinci seperti butiran kehidupan, perkara yang penting bagi mereka dan mungkin juga perkara yang ingin mereka mengatakan.

Menghidapi penyakit Alzheimer tidak bermakna mereka tidak dapat membuat keputusan penting, seperti rawatan perubatan mereka sendiri. Penilaian daya kognitif hendaklah berdasarkan kepada individu dan situasi. Namun begitu, akan tiba masanya apabila peghidap Alzheimer tidak lagi dapat membuat keputusan untuk diri sendiri – ahli keluarga harus memastikan penghidap Alzheimer telah melantik peguam bela untuk memperincikan keperluan mereka dalam segi perubatan dan perancangan pengakhiran hayat. 

Oleh kerana pemahaman tentang punca Alzheimer masih terhad, manusia tiada cara untuk mencegah Alzheimer. Namun begitu, beberapa faktor risiko Alzheimer diketahui dan kebanyakannya dapat diuruskan atau diubah dengan mengikuti gaya hidup yang lebih sihat. Selain Alzheimer, amalan gaya hidup sihat dapat membantu mencegah pelbagai penyakit serius lain seperti diabetes jenis 2, beberapa jenis kanser dan penyakit kardiovaskular. Berikut adalah beberapa petua yang dapat membantu mengurangkan risiko menghidap Alzheimer:

  • Berhenti merokok: Merokok adalah faktor risiko dan penyebab banyak penyakit. Mengurangkan jumlah rokok yang dihisap atau berhenti merokok bukan sahaja memberi kesan positif  pada kesihatan anda dan orang tersayang, namun dapat mencegah penyakit yang mengancam nyawa. 
  • Kurangkan pengambilan alkohol anda: Pengambilan alkohol terlalu banyak dapat meningkatkan risiko demensia, penyakit barah, penyakit kardiovaskular serta penyakit jantung. Minum secara sederhana atau berhenti sepenuhnya untuk menjaga kesihatan anda..
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat: Pastikan pemakanan anda adalah kaya dengan buah-buahan dan sayuran, protein, karbohidrat kompleks dan rendah lemak dan gula
  • Banyak bersenam: Senaman dapat meningkatkan fungsi fizikal dan mental dan juga dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat. 
  • Kekal sihat: Pastikan berat badan anda terkawal untuk mengurangkan risiko penyakit serius atau komplkasi.

Kehidupan dengan penyakit Alzheimer

Sekiranya anda didiagnosis menghidap Alzheimer, anda mungkin berasa tertekan dan tidak yakin dengan masa hadapan. Walaubagaimanapun, diagnosis yang awal dapat membantu anda untuk memperoleh maklumat penting tentang Alzheimer dan mempermudahkan perancangan dari segi perubatan dan sokongan fizikal dan mental.

Jika ahli keluarga atau rakan rapat anda didiagnosis menghidap penyakit Alzheimer, mereka memerlukan sokongan penuh dari keluarga dan juga pengasuh.  Memandangkan Alzheimer adalah penyakit kronik, ahli keluarga sering mengambil peranan sebagai penjaga sepenuh masa. Homage dapat membantu orang yang tersayang  dengan pelan penjagaan di rumah untuk memberi sokongan fizikal dan mental untuk penghidap Alzheimer dan juga ke seluruh keluarga.

Sekiranya anda telah didiagnosis menghidap penyakit Alzheimer atau sedang menjaga ahli keluarga yang pesakit Alzheimer, anda tidaklah bersendirian dan jangan malu untuk meminta nasihat atau pertolongan.

References
  1. Alzheimer’s Disease Foundation. “The Progression of Alzheimer’s Disease and Other Dementias.” Alzheimer, adfm.org.my/the-progression-of-alzheimers-disease-and-other-dementias/.
  2. World Health Organization (2020) Dementia. who.int https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dementia
  3. Venkataraman, A., Kalk, N., Sewell, G., Ritchie, C. W., & Lingford-Hughes, A. (2017). Alcohol and Alzheimer’s Disease—Does Alcohol Dependence Contribute to Beta-Amyloid Deposition, Neuroinflammation and Neurodegeneration in Alzheimer’s Disease? Alcohol and Alcoholism  https://doi.org/10.1093/alcalc/agw092
  4. McKeown, Jane; Clarke, Amanda; Ingleton, Christine; Ryan, Tony; Repper, Julie (2010). The use of life story work with people with dementia to enhance person-centred care. International Journal of Older People Nursing. https://doi.org/10.1111%2Fj.1748-3743.2010.00219.x
  5. Rusanen M, Kivipelto M, Quesenberry CP, Zhou J, Whitmer RA. Heavy Smoking in Midlife and Long-term Risk of Alzheimer Disease and Vascular Dementia. (2011) Arch Intern Med. https://jamanetwork.com/article.aspx?doi=10.1001/archinternmed.2010.393
  6. National Institute on Aging (2019) What Do We Know About Diet and Prevention of Alzheimer’s Disease? https://www.nia.nih.gov/health/what-do-we-know-about-diet-and-prevention-alzheimers-disease
  7. Smith, M., Robinson, L., & Segal, J (2020) Preventing Alzheimer’s Disease. HelpGuide. https://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia-aging/preventing-alzheimers-disease.htm
  8. Hospis Malaysia (2017). [online] Advance Care Planning: Decision making for the end of life . Available at: https://hospismalaysia.org/wp-content/uploads/2017/02/Advance-Care-Planning.pdf

 

About the Writer
Homage team
Make Home Care Personal To Your Loved One
curve

Make Home Care Personal To Your Loved One

Get started with a free consultation today, and learn why thousands of Malaysians trust Homage to deliver the best care in their homes.

Get a Free Care Consult